Pihak Berkuasa Tidur?

Disember 10, 2007 at 7:24 am (Nasional)

Tindakan pihak polis menahan 11 orang termasuk empat pemimpin parti pembangkang  dan seorang aktivis warga negara India kerana terbabit dalam dua perhimpunan haram di ibu negara baru-baru ini merupakan perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Didapati dua orang daripada yang ditangkap tersebut merupakan pemimpin kanan parti pembangkang iaitu Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua turut ditangkap kerana terbabit dalam perhimpunan haram di ibu negara anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lalu.

Penangkapan ini membuktikan pihak polis benar-benar menjalankan tugas mereka dengan efisyen, sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri bahawa pihak polis tidak memilih bulu terhadap mereka yang menyalahi undang-undang walaupun mereka itu peguam.

Berhubung dengan penangkapan ini, Perdana Menteri menasihati  semua pihak supaya menghentikan segera sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang kerana ia merugikan rakyat dan negara.

Jika sebelum ini, banyak pihak beranggapan pihak berkuasa terutamanya polis seolah-olah takut untuk mengambil tindakan tegas kepada perancang-perancang perhimpunan haram, pihak polis dianggap tidur kerana membiarkan perhimpunan haram yang berakhir dengan keganasan dibiarkan berlangsung satu persatu sehingga menimbulkan ketakutan kepada rakyat.

Walaupun di antara yang telah ditangkap adalah terdiri  daripada pemimpin kanan parti pembangkang, namun ‘master mind’ kepada kekacauan ini masih lepas bebas menebarkan agendanya. 

Syabas dan tahniah kepada pihak polis dengan penangkapan dan pendakwaan 11 orang yang terlibat dengan perhimpunan haram tersebut, mudah-mudahan dengan penangkapan ini dapat menyuraikan hasrat pihak berkenaan yang berharat untuk mengadakan perhimpunan haram sedemikian lagi.

Cukuplah dengan pihak-pihak yang telah termakan tuba yang diumpan gula oleh pihak yang tidak bertanggung jawab menghasut supaya diadakan perhimpunan yang sedemikan, budaya keganasan tidak dapat diterima oleh rata-rata rakyat negara ini, gunakan saluran yang aman untuk menyuarakan ketidakpuasan demi mengekalkan kedaulatan dan keamanan negara ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: