Pembangkang Pengecut Perkudakan NGO

Disember 10, 2007 at 7:46 am (Nasional, Politik)

Oleh Gambir

Trend baru dikalangan pihak pembangkang adalah menggunakan NGO (Bersih) dan Pertubuhan keagamaan (Hindraf) untuk melaksanakan gimik politik jalanan mereka melalui demonstrasi dan perhimpunan haram. 

Kedua-dua perhimpunan yang berlangsung di ibu negara akhir-akhir ini dilihat telah menjadi medan untuk para pemimpin pembangkang membina platform ‘political milage’ mereka dengan cara keji dan terkutuk.

Menyedari bahawa budaya demonstrasi jalanan yang berakhir dengan keganasan bukanlah pendekatan popular untuk menarik undi ehsan majoriti rakyat negara ini, namun pendekatan sebegini adalah paling mudah serta cepat untuk mempopularkan diri mereka di kalangan rakyat negara ini sekali gus turut menarik perhatian dunia luar dalam memburukkan imej negara dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Umum telah ketahui bahawa Bersih merupakan sebuah NGO yang didokong oleh orang-orang kuat di dalam PKR, manakala para pengikut dan penyokong NGO ini adalah terdiri daripada penyokong taksub parti-parti pembangkang seperti PKR dan Pas.

Manakala Perhimpunan Haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang berlangsung 15 hari selepas perhimpunan haram Bersih pula di dapati Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan pemimpin DAP, Ronnie Liu, turut dilihat berucap dalam perhimpunan tersebut  di Jalan Ampang, berdekatan Hotel Maya kira-kira pada jam 10 pagi.

Pas walaupun kononya menyelar sikap penyokong Hindraf yang menggunakan keganasan sewaktu perhimpunan tersebut, namun tetap menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan haram itu.

Para penyokong yang mengikuti perhimpunan tersebut telah di racuni pemikirannya  dengan unsur-unsur kebencian dan perkauman, umum telah arif bagaimana idologi DAP berkenaan isu-isu perkauman dan keagamaan yang anti Islam.   

Maka inilah peluang mereka untuk mengheret Hindraf untuk turut sama dalam perjuangan mereka.Pas yang kononnya sebuah parti yang memperjuangkan dasar Islam masih juga bersekongkol dengan DAP dan kini turut juga menyokong perjuangan Hindraf yang dilihat berusurkan militan Hindu yang anti Islam.

Apa sahaja alasan dan kaedah yang pihak pembangkang gunakan dalam menyatakan sokongan mereka terhadap kedua-dua perhimpunan haram yang telah berlangsung di ibu negara baru-baru ini menampakkan pengecutnya pihak pembangkang sehingga mempergunakan Bersih dan Hindraf sebagai platform mereka menelanjangi kedaulatan negara serta keharmonian negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: