Pas Tegak Benang Basah Tentang Pasti

Disember 10, 2007 at 7:39 am (Kebenaran Sebenar, Politik)

Oleh Wan Perkasa

Isu  Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam (Pasti) yang di bawa oleh pembahas usul Agama & sosial pada Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini, Anuar Haji Safian yang dikatakan meracuni pemikiran kanak-kanak pra sekolah agar membenci kerajaan dan pemimpin negara telah menyebabkan pihak Pas tidak boleh duduk diam, serta bagaikan cacing kepanasan.

Dengan menggunakan saluran rasmi mereka Harakah Daily, pihak Pas di lihat dengan angkuhnya mencabar UMNO supaya mengenengahkan bukti silibus pra sekolah Pasti yang mengajar  kanak-kanak Pasti dihasut membenci pemimpin kerajaan Barisan Nasional.

Setelah mendapatkan respon daripada Saudara Anuar,yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian, penulis mendapati pihak UMNO Kelantan telah bersedia menyahut cabaran pihak Pas dengan menegaskan bahawa mereka mempunyai bukti hidup tentang salah laku pihak pendidik anak-anak pra sekolah di Pasti.

Menurut Anuar, pihaknya bertindak mendedahkan penyelewengan ini bertujuan supaya salah laku ini dapat dihentikan berikutan perkara ini telah lama berlaku dan masih lagi berleluasa di kebanyakan pra sekolah tajaan pembangkang itu.

Guru-guru yang di amanahkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak kecil di Pasti didapati telah meracuni pemikiran anak-anak yang telus dengan noda-noda kebencian dan kepolitikan kotor Pas.  Kanak-kanak tersebut di ajar memanggil para pemimpin utama negara dengan panggilan gelaran yang tidak baik.

Pemikiran anak-anak kecil yang telus serta masih mentah dalam menimbang baik dan buruk sesuatu itu akan menerima bulat-bulat ajaran dan didikan yang diperturunkan oleh guru-guru pra sekolah mereka, maka secara tidak langsung kaedah ini akan memberi kesan buruk kepada psikologi pembentukan awal individu pelajar terbabit.

Niat murni untuk membendung kerosakan yang telah dilaksanakan oleh Pas sejak bertahun-tahun ini perlu diberi pujian,  sebagaimana hasrat Perdana Menteri, pendidikan awal adalah satu titik permulaan dalam pembentukan modal insan yang berkualiti demi untuk kepentingan negara. 

Berhubung dengan hasrat Perdana Menteri dalam proses penghasilan modal insan berkualiti, penulis tertarik kepada petikan Jawapan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan terhadap Perdana menteri berkenaan hal ini.   Menurut Nik Aziz, Pas mengatur gerakan kerajaan, peribadai, rumahtangga, sekolah mengikut dasar Islam yang di pegang oleh Pas.

Merujuk kepada kenyataan Nik Aziz, persoalannya kini mengapa Pas mengamalkan hasutan ke atas anak-anak PASTI? Apakah ini termasuk dalam bidang pembelajaran PASTI?  Adakah Ini dasar Islam Pas?

Jika kita lihat kepada dasar ‘Islam Pas’yang diterapkan dalam pendidikan pra sekolah Pasti, maka inilah dasar Islam Pas dalam membentuk modal insan acuan mereka yang nyata boleh merosakkan Imej Islam.

Oleh itu, wajar pihak berkuasa mengekang fahaman negatif yang merosakkan jati diri anak-anak yang menimba ilmu di PASTI supaya tidak menular ke peringkat yang lebih merunsingkan.  Pas harus menghentikan segala salah laku dalam mendidik generasi muda supaya dapat dapat dilahirkan generasi yang benar-benar beriman.

Jika Pas masih berdegil, maka wajar tindakan diambil oleh pihak berkuasa bagi membenteras kegiatan songsang dalam PASTI demi kesejahteraan umat.  Apalah dosa anak-anak kecil ini untuk dibabitkan dengan politik?  Hasutan politik dan membenci kerajaan perlu dihentikan dengan segera.

Sedangkan Islam mengajar kita kepada kebaikan dan membentuk insan supaya berkasih sayang serta taat  kepada ‘Ulul Azmi’  atau pemimpin, tetapi dasar yang diterapkan oleh Pas dalam pendidikan Pasti adalah untuk membenci dan mengata yang tidak baik kepada para pemimpin.  Apakah ini dinamakan ‘Islam Pas’?

2 Komen

  1. ummumawaddah said,

    Penulis seharusnya mengkaji, meniliti,membuat survey dan menulis perangkaan sekiranya ada salah laku guru guru PASTI yang berbentuk hasutan atau mendidik dengan cara songsang sepertimana yang digambarkan oleh penulis.

    Kalau sekadar menulis topik secara semborono tanpa diasaskan dengan fakta ..maka pada pandangan saya..ianya hanya sekadar melepaskan emosi yang mungkin didokongi oleh perasaan cemburu dengan kejayaan PASTI serta kecemerlangan anak anak yang dididik dari PASTI.

    Fakta :
    PASTI mengajar Al-Quran,HADIS2 mudah,SOLAT secara praktikal,AKHLAK,SIRAH,FEKAH,BAHASA ARAB asas selain daripada pelajaran yang biasa iaitu BM,ENGLISH,MATEMATIK,PSSI ( sains, pendidikan sosial,kajian tempatan)
    Di PASTI juga anak anak diajar pendidikan seni – dalam waktu kreativiti.
    ( bernasyid, menyanyi, bersajak, berpantun, berlakon, melukis, mewarna,membuat origami dsbg..)
    Sebagai ibu, saya tidak nampak di mana ruang untuk guru guru menghasut anak anak supaya menjadi insan yang tidak berguna..kerana masa untuk pembelajaran di PASTI adalah 3.5 jam sahaja dalam sehari.Dan ianya PENUH terisi dengan ilmu yang bermenafaat untuk pembangunan insan!!
    Dakwaan oleh penulis tidak bersandarkan langsung dengan fakta!

  2. aku said,

    BKN NYA TAHU APA2 PUN PENULIS NIE…MAIN HANTAM JE.. SAJE NAK BODEK PUAK2 UMNO…MANA TAHU JE DPT DUIT KOPI KE…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: