Gara-gara Gatal Mulut, Wakil Rakyat di Panggil Mengadap TPM

Disember 10, 2007 at 7:53 am (Dalam Negeri, Politik)

Gara-gara gatal mulut  mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan dasar kerajaan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini, Ahli Parlimen Cameron Highland, S K Devamany, bakal berhadapan dengan tindakan.

Berikutan kenyataan beliau yang mendakwa Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal membela kaum India di Malaysiab Ahli Parlimen Cameron Highland itu juga dijangka akan dipanggil menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua Whip Barisan (BN) khamis ini bagi menjelaskan keadaan sebenar.

 Kenyataan yang dibuatnya  bagi mencelah ucapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Raman Suliman menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengenai usaha kerajaaan membantu masyarakat India di negara ini.

“50 ribu orang datang semalam (Ahad), ini satu kegagalan Tan Sri (Yang di-Pertua), jadi saya rasa perkara ini perlu dilihat secara serius,” katanya merujuk kepada perhimpunan haram Hindraf baru-baru ini.

Berikutan itu, Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) telah menghantar laporan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang  juga Timbalan ketua Whip BN, Datuk Seri Nazri Aziz bagi tindakan selanjutnya.

Sehubungan kenyataan Devamany itu juga, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu memberi respon bagi mempertahankan kenyataan tersebut.  Beliau menganggap kenyataan Devamany tidak bermaksud mengkritik dasar kerajaan yang didakwa gagal membantu masyarakat India sebagaimana yang telah diperkatakannya.

Menurut Samy, Devamany mungkin bermaksud “kita semua memang tidak melakukan yang mencukupi untuk membangunkan negara…”

Samy dilihat masih cuba mempertahankan Devamany walaupun nyata kenyataannya jelas telah mempertikaikan dasar kerajaan.

Jika sebelum ini Samy dilihat sedih dengan insiden perhimpunan haram oleh Hindraf di ibu negara baru-baru ini, tetapi sikap beliau yang membela Devamany dalam kes ini dilihat seolah-olah berlawanan dengan respon beliau sebelum ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: