Pembangkang Merapu Lagi…Kini Media Perdana Pula Jadi Sasaran Mereka

Oktober 25, 2007 at 3:35 am (Dalam Negeri, Politik)

Oleh Wan Perkasa 

Musim cuti raya Aidil Fitri pada tahun ini dilihat tiada bezanya dengan tahun-tahun yang lepas.  Baner-baner ucapan hari raya dan peringatan kepada para pemandu supaya berhati-hati di jalan raya masih bertebaran hampir di setiap bandar dan pekan yang dilalui bermula dari negeri Pahang sehinggalah ke negeri tanah kelahiran tercinta Kelantan.

Dalam banyak-banyak baner, penulis tertarik kepada satu baner yang simple dan bersaiz sederhana yang tergantung di simpang lampu isyarat Bandar Lama Gua Musang ke Kota Bharu yang tertulis “Media perdana penipu rakyat” dan dihiasi gambar tong sampah.

Penulis pada mulanya tidak menghiraukan sangat mesej yang cuba disampaikan oleh penggantung baner tersebut, namun setelah membaca satu petikan berita di dalam tabliod Siasah hari ini, barulah penulis sedari rupa-rupanya pembangkang sedang melaksanakan kempen boikot media arus perdana dan menggalakkan sumber daripada media alternatif seperti akhbar tabliod dan blog-blog pembangkang di internet.

Dari apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang itu, jelas memperlihatkan mereka semakin terhimpit. Liputan media arus Perdana yang banyak menyiarkan berita-berita kebaikan kerajaan Barisan Nasional termasuklah berita tentang kejayaan negara melahirkan angkasawan dikagumi dunia menjadi tamparan hebat kepada pihak media pro pembangkang.

Situasi ini juga secara tidak langsung mengundang kegelisahan kepada pihak pembangkang sehingga mendesak pihak Penerangan Pas Pusat melancarkan kempen Jom Sokong PAS sempena ‘Raya Balik Kampung’.

Kempen anjuran Penerangan Pas Pusat ini dilihat memaksa para penyokongnya supaya melupakan keseronokan berhari raya dengan memberikan tekanan seolah-olah piliharaya umum ke 12 akan diadakan pada keesokan hari.

Kenyataan kempen yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar ini diadaptasikan daripada kempen yang telah dilancarkan pada tahun 1999 yang dikatakan telah berjaya menarik perhatian generasi muda ketika itu.

Mungkin juga pengalaman pada pilihanraya yang ke 11 pada tahun 2004 yang lalu, yang mana Pas Kelantan telah hampir tertewas kepada Barisan Nasional dengan kelebihan satu kerusi sahaja menyebabkan mereka kurang berkeyakinan untuk terus mempertahankan negari itu.

Tambahan pula, gerakan UMNO Kelantan serta tren politik nasional semasa di bawah kepimpinan Pak Lah nyata menggugatkan keyakinan Pas untuk terus mentadbir Kelantan selepas pilihanraya ke 12 nanti.

Jadi untuk mengurangkan tekanan, Pas terpaksa mengubah topik dengan menyalahkan pihak media perdana kononnya media ini berat sebelah dan sebagainya. Sedangkan hakikatnya, disamping menyiarkan kebaikan kerajaan Barisan Nasional, namun media arus perdana juga tidak terkecuali melapurkan kelemahan pelaksanaan program kerajaan Barisan Nasional.

Ini menjadi bukti jelas bahawa media arus perdana kita sememangnya telus dalam menyiarkan berita sebenar kepada rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: