Empat Wanita di Sebalik Kejayaan Pak Lah

Oktober 9, 2007 at 4:29 am (Dalam Negeri)

Siri Pertama

Oleh Wan Perkasa

Setiap lelaki yang berjaya tentunya ada wanita di belakang yang menyokong kejayaan seseorang lelaki.  Begitu juga dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan salah seorang lelaki yang beruntung kerana mempunyai wanita –wanita setia menyokong perjuangan dan kejayaan beliau sehingga ke hari ini.

Wanita-wanita tersebut begitu setia memberi komitmen mereka sepenuhnya terhadap Pak Lah, terutamanya dalam melaksanakan tugasnya  sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Parti UMNO.  Siapakah wanita-wanita tersebut yang dikatakan begitu setia di sebalik perjuangan Pak Lah mempertahankan kedudukannya selama ini.

Wanita Pertama, itulah gelaran yang paling sesuai di berikan kepada seorang wanita yang berada paling hampir dengannya. Pak Lah adalah seorang lelaki yang amat beruntung kerana mendapat kasih sayang dan sokongan daripada dua orang wanita pertama dalam hidup beliau. 

Allahyarhammah Datin Seri Endon, merupakan seorang Wanita Pertama yang amat setia berada di samping Pak Lah. Kesetiaan dan ketabahan  Endon sememangnya menyentuh hati penulis terutamanya sewaktu di saat-saat akhir hayat beliau yang berada dalam kesakitan berikutan kanser payu dara yang di hidapi beliau.

Walaupun sedang menderita kesakitan dan berada di hospital, Endon pasrah dengan tugas yang baru dipikul oleh Pak Lah sebagai Perdana Menteri.  Ketiadaan suami tercinta disisi sewaktu beliau paling memerlukan menunjukkan kekuatan dalaman Endon serta sokongan beliau terhadap tugas-tugas Pak Lah. 

Wanita Pertama ini telah membuktikan bahawa seorang wanita sanggup mengorbankan kepentingan diri demi tanggung jawab suami terhadap negara.  Pemergian Allahyarham Endon ke Rahmatullah memberi tamparan hebat kepada seorang suami yang bernama Pak Lah.  Pemergian Endon menjadi kepiluan dan kelesuan kepada Pak Lah.

Namun setelah sekian lama, Pak Lah akhirnya terbuka hati untuk mengubati kelesuan dan kesunyian beliau dengan mengahwini seorang lagi Wanita Pertama.  Perkahwinan Pak Lah dengan Datin Seri Jeanne Abdullah ternyata dapat mengubat kesunyian Pak Lah sebagai seorang suami. 

Sebagai isteri dan juga Wanita Pertama yang baru, Jeanne juga dilihat agak tabah menghadapi dugaan dalam menghadapi perubahan tugasan sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia.

Jeanne  telah menunjukkan komitmen beliau sebagai isteri kepada Perdana Menteri dengan mempelajari tugas-tugas Wanita Pertama dan dalam masa yang singkat terus turun padang melaksanakan tugasan disamping menemani Pak Lah dalam tugas-tugas rasmi. 

Walau mendapat cemuhan daripada pihak yang tidak bertanggung jawab, Jeanne  tetap setia dan tabah menemani  suaminya yang juga seorang Perdana Menteri.

Penulis terkilan dengan satu artikel di dalam Malaysia Today, yang mengutuk Jeanne kerana berada bersama Pak Lah sewaktu persiapan Bajet 2008 di Kementerian Kewangan baru-baru ini.  Apa yang menyedihkan penulis,  artikel itu di ulas hanya berdasarkan sekeping gambar yang disiarkan oleh akhabar arus perdana.  Sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri, tidak menjadi kesalahan sekadar berada di situ sebagai memberi sokongan kepada suami yang bakal melaksanakan tugas penting.

Adanya Jeanne di dalam gambar tersebut tidak bermakna beliau sentiasa berada  di sana sewaktu pembikinan bajet tersebut.   Nak kata penulis tersebut jahil dengan gimik foto jurnalis, dah menulis artikel dalam blog.  Bolehlah dikira sebagai wartawan atau penulis yang mana sepatutnya arif tentang gimik foto jurnalis.

Bercerita tentang gimik foto jurnalis, kisah wanita seterusnya yang bakal penulis kupaskan di dalam artikel ini merupakan wanita-wanita yang sentiasa terpampang di media-media dengan gaya dan imej tersendiri.  Mereka merupakan wanita yang berdiri sebaris dengan lelaki-lelaki yang menjadi tulang belakang Pak Lah dalam pentadbiran negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: