Dalang Di Sebalik Rusuhan Batu Buruk

September 18, 2007 at 4:37 am (Politik)

Oleh Gambir

Pembangkang sekali lagi menggunakan keganasan untuk menarik perhatian umum setelah tertekan dengan keadaan mereka yang semakin malap dan ketiadaan isu yang boleh dimainkan untuk memancing perhatian rakyat yang dilihat memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional.  Taktik rusuhan dan keganasan walaupun bukan cara yang digemari oleh rata-rata rakyat negara ini, tetapi dapat menarik perhatian segelintir kelompok golongan muda yang inginkan kelainan dan cabaran pada tanggapan mereka.

Taktik sebegini sememangnya menjadi tarikan kepada golongan muda yang agresif, laporan akhbar aliran perdana pada 17 September 2007 telah melaporkan bahawa seorang remaja berusia 16 tahun telah menyerah diri di balai polis untuk membantu siasatan kes pembakaran Jalur Gemilang sewaktu rusuhan di Batu Buruk baru-baru ini.  Ternyata lelaki-lelaki muda yang sedang di cari oleh pihak polis untuk membantu siasatan adalah bukti menunjukkan keberkesanaan pendekatan yang digunakan oleh pihak pembangkang dalam mempergunakan golongan ini.

Pendekatan yang pernah digunakan dan masih lagi di amalkan oleh Parti KeADILan Rakyat atau PKR dalam meraih sokongan golongan muda dan para pelajar adalah dengan menggalakkan kekerasan dan keganasan.  Reformasi menjadi motto kegemaran mereka, tunjuk perasaan dan perarakan serta rusuhan adalah nadi pergerakan mereka.

Jika kita imbau di awal penubuhan PKR, pada waktu tersebut ramai daripada golongan muda yang berminat menyertai gerakan reformasi yang di pelopori oleh PKR.  Pendekatan yang digunakan oleh PKR yang agresif dan ganas menjadi identiti mereka pada ketika itu. 

Perbuatan membakar bendera, rosakkan harta benda awam, pecahkan cermin dan sebagainya bermula pada era reformasi KeADILan hasil didikan Anwar.

Indentiti yang gemarkan keganasan dan agresif ini masih lagi di bawa oleh PKR sampai ke hari ini.  Malah sejak akhir-akhir ini, di mana ada PKR disitu tercetus rusuhan dan pergaduhan. 

Pilihan raya kecil Ijok, medan pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke gelanggang pilihan raya setelah sekian lama terkurung di Sungai Buloh.  Sebagaimana permulaan kewujudan PKR dalam arena politik negara yang menjadikan gerakan rusuhan ikon parti ini, pembebasan Anwar kali ini seolah-olah menghidupkan kembali api agresif generasi muda penyokong parti ini ke arah rusuhan dan pergaduhan.

Pakatan Pembangkang dalam Barisan Alternatif di lihat semakin menemui jalan buntu sejak akhir-akhir ini berikutan masing-masing di lihat sibuk mempertahankan fahaman dan cara perjuangan masing-masing.  PKR dilihat pandai mengambil kesempatan dalam kekacauan yang dihadapi oleh rakan sekutunya seperti Pas dan DAP.

PKR bijak mencuri ruang kesilapan yang dilakukan oleh rakan-rakan sekutunya daripada Barisan Alternatif.  Bermula dengan taktik memperbodoh-bodohkan Pas dengan memulau pilihan raya kecil DUN, mengambil kesempatan atas kesilapan DAP dan melaga-lagakan Pas.

Berdasarkan rentetan kronologi di atas, peristiwa rusuhan yang berlaku di Batu Buruk, Terengganu baru-baru ini seolah-olah beridentitikan PKR, walaupun program ceramah yang sepatutnya berlangsung adalah di anjurkan oleh Pas, namun berdasarkan sikap para penyokong Pas sebelum ini, mereka hanya agresif dari segi lisan sahaja atau dengan kata lain mengutuk, mengata dan mencarut sesuka hati mereka.

Jika pembaca ikuti rentetan sejarah pilihanraya  kecil di Malaysia, jarang kita dengar kes rusuhan atau pergaduhan sekiranya calon bertanding terdiri daripada Pas, DAP, Bebas dengan Barisan Nasional.  Namum banyak kita dengar dan lihat, sekiranya calon atau penyokong PKR yang terlibat di dalam pilihanraya kecil tersebut maka berlakulah insiden-insiden rusuhan dan pergaduhan…

Berbalik kepada peristiwa rusuhan di Pantai Batu Buruk, Terengganu, pihak Pas menyatakan bahawa ‘ada pihak yang melihat ada beberapa orang yang tidak dikenali muncul setelah kejadian tersebut membawa bendera UMNO serta membakarnya.  Kemudian mereka menuduh pembangkang yang mencetuskan provokasi tersebut disebabkan adegan membakar bendera tersebut.’

Walaupun kenyataan ini diputar belitkan sedikit iaitu bendera yang dinyatakan di situ adalah bendera UMNO namun yang berlaku sebenarnya Jalur Gemilang yang dibakar.

Berdasarkan sumber-sumber yang pernah berada di tempat kejadian, penulis mendapati kronologi peristiwa rusuhan itu benar-benar dirancang sebagaimana yang tersiar di dalam media perdana sebelum ini.  Namun sekiranya bukan pengikut Pas yang memulakan rusuhan dan keganasan tersebut, sudah tentu bukan pihak polis yang cuba mengawal keadaan, maka dalang yang merancang rusuhan ini tentulah pihak yang akan mendapat keuntungan daripada runtuhnya reputasi Pas sebagai Parti Islam dan UMNO sebagai kerajaan dan pentadbir…

4 Komen

  1. aiman x kisah said,

    biarlah pihak berkuasa yang membuat keputusan…..

  2. hamPAS said,

    kuburkan saja parti pembangkang………..tak pun tembak je dgn M-16.

  3. wawa said,

    salam,

    dari apa yg terpapar diakhbar dan laman gobblog pembangkang, aku terasa ada tangan hantu disebalik beberapa perhimpunan yg bertukar ganas. Nak tuduh tak baik la tapi macam kau kata sejak Anwar alj***ri tu jadi bekas banduan,..macam hal plak jadi kecoh.
    kat gobblog tu pun aku tengok tak banyak komen dari puak PIS (Parti Islam Malaysia) tapi PKR plak yg lebih2…Dari apa yg berlaku kat Batu Buruk..awaslah kalau Anwar alj***ri ada kat mana2..sokong hindu buat kuil kat tanah orang pun sanggup..tu pasal la hindu kat klang tu suka kat dia.

  4. umNO said,

    klu pembangkang nk kubur kn…klu tokey2 babi kat melaka cium2 tapak kaki… teruk nya umNO skarang nie… umNO lebih syg kn babi dr org melayu…tokey2 babi tu yg menang kn umNO…btl tak?

    malaysia boleh…umNO pun boleh la…BOLEH BLAH!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: