Skandal Ahli Parlimen Ampang – Gimik Pas Ketandusan Isu

September 13, 2007 at 6:30 am (Politik)

Oleh Wan Perkasa 

Wanita sentiasa menjadi pertaruhan dalam apa jua situasi, maruah wanita merupakan aset terpenting dalam reputasi keluarga, masyarakat dan pertubuhan.  Baru-baru ini, Malaysia Today memaparkan artikel penulisan Raja Petra yang memfitnah Puteri UMNO yang berpakaian sopan tetapi mudah di bawa ke tempat tidur walaupun dengan hanya kali pertama keluar bersama, hari ini Harakah Daily pula menyiarkan skandal Ahli Parlimen Ampang , Dr. Rozaidah.

Laporan bertajuk ‘Apa Dr Rozaidah Buat Jam 4 Pagi, 26 Ogos, Di sebuah Hotel…’ menyatakan ‘suami beliau telah berusaha menghubungi pihak Jabatan Agama Islam Wilayah untuk membuat tangkapan namun tiada sebarang jawapan dan respon  ke atas panggilan Radzmi itu.  Dalam kejadian pagi Ahad itu, Dr Rozaidah enggan bekerjasama setelah pintu bilik tersebut diketuk oleh suaminya dan didakwa meminta suaminya itu menunjukkan waran tangkap ke atasnya.  Walau bagaimanapun, atas nasihat polis, Radzmi membatalkan niat menyerbu bilik berkenaan lalu membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak kira-kira jam 6.35 pagi kepada Koperal Azizan Hassan yang menyatakan bahawa beliau mengesyaki isterinya berkelakuan tidak sewajarnya’.

Berdasarkan petikan tersebut pun sudah jelas kepada penulis bahawa kes ini adalah masalah domestik pergaduhan pasangan suami isteri  yang cuba menggunakan pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah atau Jawi dan Polis untuk mengambil tindakan terhadap isteri yang menginap di hotel.

Walau zaman teknologi telah mendominasi dunia hari ini, namun pemikiran sesetengah masyarakat hari ini terhadap sesuatu isu terutama yang melibatkan wanita akan sentiasa cenderung ke arah negatif.  Dalam kes ini misalnya, Dr Rozaidah yang bergaduh dengan suami membawa diri  dan menginap di hotel.  Maka impresi pertama masyarakat kita yang masih tertutup sebagimana wartawan harakah daily akan menyatakan Dr. Rozaidah telah melakukan perbuatan yang tidak baik di hotel tersebut.

Dalam zaman di mana wanita telah diberi peluang untuk bekerja dan melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat umum sebagaimana lelaki, menginap di hotel adalah perkara biasa.  Tidak bermakna seseorang individu yang menginap di hotel akan melakukan maksiat dan berzina.

Sekiranya benar-benar berlaku perkara seperti maksiat dan zina yang dilaporkan, pihak Jawi dan polis sudah tentu akan mengambil tindakan.  Ini bermakna pihak berkenaan telah mengenal pasti bahawa kes tersebut adalah masalah suami yang cemburu buta.  Maka berdasarkan pertimbangan tersebut menyebabkan pihak Jawi & Polis tidak mengambil tindakan melayani permintaan Radzmi (suami).

Penulis kadang-kadang rasa berbulu dengan karenah orang yang suka mencari silap orang lain.  Baru-baru ini isu berkenaan Ahli Parlimen yang kerap keluar negara atas urusan rasmi, nama Dr. Rozaidah juga dikaitkan dengan isu tersebut sebgai salah seorang yang paling kerap mengikuti lawatan rasmi ke luar negara.  Apabila kes initidak di layan oleh masyarakat umum, kini direka pula cerita skandal  yang tidak berasas ini. 

 Apa yang paling menyedihkan penulis, apabila timbul masalah domestik, pihak wanita sentiasa di persalahkan walaupun keadaan sebenar dia adalah mangsa keadaan.  Bilakah minda dan tanggapan orang kita akan berubah, negara dah 50 tahun mencapai kemerdekaan, namun gender agenda masih lagi ditahap yang lama.

Gender agenda atau tanggapan pemikiran kita terhadap isu gender merupakan kekangan kepada kemajuan negara.  Walaupun mengaku diri moden dan berfikiran terbuka, rata-rata masyarakat kita masih terkongkong dengan tanggapan kuno terutama dalam hal-hal berkaitan isu wanita.  Malah wanita adalah target paling mudah untuk merosakkan maruah sesebuah organisasi sebagaimana yang dilakukan oleh Malaysia Today dan Harakah Daily dalam memfitnah Puteri UMNO dan Wanita UMNO.

4 Komen

  1. aku said,

    pihak jawi nak dakwa mcm mana klu dh menteri UMNO buat silap…tutup kes la…
    klu dr.rozaidah x bsalah dakwa la pihak pas yg buat cerita tu….berani ke?

  2. soulof99 said,

    Jika benar, kes Dr Rozaidah tu harus diberi perhatian. Bukan soal siapa yang menjadikan ini isu, ttp soal bagaimana benda ini boleh terjadi.

  3. diana said,

    beranilah kerana benar!

  4. umNO said,

    mmg la dok kat hotel x semesti nya bzina…tp dok sbilik tu nk kata apa?

    klu tuduhan pas salah…nape ahli parlimen ampang tu mohon cerai? pelik tu…

    umNO kan islam had-had hari…x pe klu benda2 mcm nie blaku…x salah nya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: