Wanita & Kemerdekaan

Ogos 28, 2007 at 9:19 am (Nasional, Politik)

wanitamerdeka.jpg Oleh Wan Perkasa

Wanita Nadi Negara, merupakan tema sambutan hari wanita Kebangsaan pada tahun ini yang telah di adakan di Stadium Putra, Bukit Jalil baru-baru ini.  Sempena perayaan sambutan kemerdekaan yang ke 50 tahun, jasa-jasa para pejuang kaum ibu di zaman sebelum merdeka turut dikenang sebagai barisan pejuang kemerdekaan negara pada masa tersebut.

Penulis menjadi terharu dengan cerita dan semangat perjuangan kaum ibu pada masa tersebut yang begitu komit terhadap perjuangan mendapatkan kemerdekaan tanah air.  Apa yang disebutkan oleh Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil di dalam ucapan aluan beliau, ketua kaum ibu telah diberi penghormatan untuk menyerahkan keris yang di julang oleh Tunku Abdul Rahman sewaktu sebelum mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka, sebaik sahaja pulang dari England.

Penghormatan tersebut merupakan titik permulaan penghargaan negara kepada wanita.  Sejak kemerdekaan dicapai, kerajaan negara ini tidak pernah mengenepikan wanita dalam pentadbirannya dengan melantik  kaum hawa untuk turut sama didalam kabinet pentadbiran negara.

Setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan, kerajaan Malaysia yang di tadbir oleh parti Barisan Nasional masih lagi mengekalkan tradisi tersebut malah dasar 30% untuk meletakkan wanita sebagai pembuat keputusan didalam pentadbiran negara khasnya telah hampir tercapai.  Kini, wanita masih lagi diberi kepercayaan untuk menjadi ahli kabinet di bawah kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia.menteri-wanita.jpg

Menteri Perdagangan & Industri , Dato’ Seri Rafidah Aziz; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil; dan Menteri Belia & Sukan, Dato’ Seri Azalina Othman Said merupakan bukti kepercayaan kerajaan Barisan Nasional terhadap kaum wanita dalam turut sama melaksanakan tugas mentadbir negara.

Jika dilihat, barisan ahli parlimen daripada kalangan wanita juga telah meningkat, terutamanya di dewan negara yang telah mencapai 30 peratus senator yang terdiri daripada wanita.  Walaupun, dewan rakyat masih di tahap yang rendah bilangannya, namun jika dibandingkan dengan sektor korporat, golongan wanita yang menjadi pembuat keputusan adalah rendah  dan tidak mencapai bilangan tiga peratus.

Perdana Menteri di dalam ucapan perasmian beliau menyatakan bahawa menteri  Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat tidak perlu memohon dengan beliau supaya memenuhi koata 30% wanita di dalam bidang pembuat keputusan, ini kerana angka tersebut sedang meningkat dan sedang mencapai ke arah tersebut.  Ini kerana wanita telah berjaya membuktikan komitmen mereka dalam menjalankan tugasan yang diberikan.

Perdana Menteri memberikan contoh gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang di katakan sebagai seorang gabenor bank pusat yang terbaik bukan sahaja di Asia malah di dunia.  Pengiktirafan ini menunjukkan wanita telah di beri perhatian dan penghargaan yang sewajar dengan kerja yang telah dilaksanakan oleh wanita.

Peranan dan jasa wanita sememangnya perlu diberikan perhatian khusus kerana golongan ini bukan sekadar berperanan dalam menyumbangkan modal insan di arena pekerjaan negara, malah peranan dalam pembentukan keluarga yang stabil juga di pikul oleh golongan ini. 

Walaupun dalam keperihatinan kerajaan terhadap wanita, namun dalam keadaan sebenar, birokrasi pihak-pihak tertentu terhadap wanita masih berlaku.  Ini menjadikan sebahagian kelompok wanita yang terpinggir dan tidak terbela nasib.

Dalam kes undang-undang keluarga misalnya, nasib ibu tunggal yang ingin mendapatkan keadilan masih terbelenggu dengan kerenah birokrasi  dalam mendapatkan hak-hak mereka sama ada dari segi tuntutan nafkah dan tuntutan cerai.

Cadangan supaya common law di gantikan dengan undang-undang Islam adalah satu cadangan yang amat bersesuaian dan kena pada masanya.  Ini kerana negara telah mencapai 50 tahun merdeka dan mampu untuk membuat undang-undang sendiri berdasarkan undang-undang Islam.

2 Komen

  1. diana said,

    bangga dengan pemimpin wanita! Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia!!

  2. umNO said,

    aku pun bangga ngan pemimpin wanita..tp klu boleh jaga la aurat mgikut syariat islam…
    sbagai contoh pemaisuri agong kita…kn elok tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: