Mengata Dulang Paku Serpih…

Ogos 24, 2007 at 2:35 pm (Dalam Negeri, Politik)

Ditulis oleh Kesum

Sudah menjadi adat manusia agaknya bila kesalahan orang yang tidak di sukai di cari-cari, manakala kesilapan sendiri tidak pula disedari atau mungkin buat-buat tidak nampak.  Hakikatnya, bangkai gajah walaupun di tutup lambat laun akan berbau juga, itulah yang berlaku dalam kes pentadbiran anak syarikat milik kerajaan negeri Kelantan yang telah di siasat oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) berikutan penyelewengan dalam projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan berharga RM600 juta.

Menteri Besar Kelantan dalam kenyataan beliau kepada akhbar nasional membenarkan pihak BPR menyiasat Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB)bukan setakat 24 jam malah 25 jam.  Kenyataan sinis Nik Aziz itu telah menzahirkan bahawa kes ini adalah satu tamparan yang mencalarkan imej kerajaan bandaraya Islam yang di bawa oleh Pas Kelantan.

Sebagai ketua kerajaan negeri yang gah dengan motto badaraya Islamnya memang sentiasa sinonim dengan kenyataan penafian terhadap setiap isu salah laku dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Pas.  Isu hak milik tanah, isu Tanah Tinggi Lojing, Air Kelantan dan beberapa isu lagi yang penulis tidak larat nak sebutkan disini sentiasa mendapat maklum balas penafian daripada Nik Aziz.

Selama ini para pemimpin Barisan Alternatif atau BA secara lantang menyebarkan dakyah yang mengatakan bahawa projek-projek di bawah kerajaan Barisan Nasional banyak telah di seleweng dan pihak-pihak yang terlibat dengan pengendalian projek tersebut terlibat dengan rasuah.   

Namun, apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Pas di Kelantan seperti terkena batang hidung sendiri, tetapi  mereka  pandai pulak menutup ceritanya.  Cara paling mudah dan paling di gemari oleh para kepemipinan Pas negeri Kelantan khasnya adalah dengan mendiamkan diri dari memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.  Sebagai contoh kes Tanah Tinggi Lojing, pada awal  pendedahan isu tersebut, Husam Musa banyak mengelak memberi sebarang kenyataan kepada pertanyaan pihak media berkenaan kes tersebut.

Dalam ceramah-ceramah Pas, isu rasuah kerajaan Barisan Nasional  menjadi topik kegemaran mereka dalam agenda memburukkan kerajaan Barisan Nasional di mata rakyat.  Namun apakah isu sebenar yang cuba di bangkitkan oleh mereka tidak pula di jelaskan dengan teliti.  Ini menunjukkan betapa mereka gemar mengada-adakan cerita yang tiadak ada.  Sememangnya sikap bersangka buruk itu sentiasa ada dalam kepimpinan Pas terhadap Barisan Nasional.  Terbaru, Pas menghantar memo memohon penjelasan berkenaan projek pembinaan Istana Negara.

Mengata Dulang paku serpih, mengata UMNO, Pas  lagi lebih (mengata orang dia yang lebih), perumpaan ini terngiang-ngiang di kepala penulis apabila membaca artikel ‘Istana Negara: ‘Peralat’ Institusi Raja untuk kaut untung?’ – HarakahDaily.net yang berbunyi ‘hasil projek pembinaan istana negara itu kemungkinan akan digunakan sebagai dana untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.’

Penulis suka mengungkit semula cerita di awal tahun ini berkenaan pemilikan tanah oleh syarikat-syarikat asing di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan serta penerokaan pembalakan yang berleluasa di kawasan tersebut sehingga mendapat teguran daripada Sultan Kelantan sendiri.

Kalau projek Istana Negara dikatakan pihak Barisan Nasional cuba mengaut keuntungan supaya dapat digunakan untuk pilihan raya akan datang, apa pula agaknya yang nak di katakan apabila Kerajaan Pas Negeri Kelantan mengeksploitasikan pembalakan, tanah-tanah, Insuran warga emas dan banyak lagi?

Agaknya kemana arah negeri Kelantan yang ingin dibawakan oleh pihak Pas?  Apa yang penulis nampak, setiap kali menghapiri musim pilihan raya, segala sumber kewangan yang boleh di perah dari negeri semuanya di gunakan sepenuhnya oleh para kemimpinan Pas tanpa memikirkan kesan kepada negeri sendiri.  Apa yang menyedihkan penulis, semakin lama Pas mentadbir Kelantan, semakin kurus sumber negeri Kelantan.

Agaknya bila Barisan Nasional berjaya mengambil alih semula negeri Cik Siti Wan Kembang apa yang tinggal di negeri  ini  hanyalah hampas…

Sayangnya, negeri yang dikatakan kaya dengan sumber yang mampu menjana masa depan rakyatnya rosak dek kerakusan pemerintah.  Namun semua ini hanya dapat di bendung  jika para pengundi di Negeri Kelantan yang alpa dengan janji palsu Pas bangkit dari mimpi…

1 Komen

  1. aiman x kisah said,

    jika anda bukan anak jati kelantan jangan menuduh yang kerajaan pimpinan tok guru ini salah. kita sebagai umat islam sekarang banyak terpesong dengan ceramah-ceramah yang di adakan di mana-mana sahaja. Bukan Pas sahaja yang memburukkan BN namun BN juga sebaliknya. ibarat kedua-duanya ada kepentingan masing-masing. Kenapa isu Tanah tinggi Lojing dan Air Kelantan dijadikan tajuk utama? tidakah anda sebagai pengguna air sudah menjelaskan bil air????biasanya bila bil apepun sampai kita selalu melengahkan untuk membayar. ini merupakan satu beban kerana berpuluhan ribu pengguna menggunakan air tapi bila tiba waktu membayar amat liat.
    Isu memupuk perpaduan dikalangan bangsa juga sekarang gentir. Isu bakar Jalur Gemilang di Terengganu belum selesai.Yang ditunding jari kerajaaan pembangkang.Pak Lah sendiri sering menjawab Malaysia sebuah negara demokarsi namun pernahkah anda mendongak ke bawah…….bila ada pemimpin campur tangan dalam isu rumah rakyat. adakah kerana kepentingan peribadi??????????atau menagih undi??????????bila tiba waktu pilihanraya baru pemimpin kita berlumba-lumba nak mengadakan projek itu, projek ini… kenapa tidak dari dulu lagi???????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: