Pembangkang Kelam Kabut

Julai 14, 2007 at 7:42 am (Nasional, Politik)

Majlis Tertinggi UMNO (MT) telah melantik Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mengetuai pasukan memerangi fitnah di internet yang memberikan impak yang pelbagai kepada para penulis bloggers berhaluan kiri dan para pembangkang khususnya.

Bermula dengan kenyataan Azalina di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 2 Julai 2007 yang lalu, pihak-pihak pembangkang telah menunjukkan reaksi yang menggambarkan bahawa mereka sebenarnya gentar dengan ketumbukkan yang bakal di wujudkan oleh Azalina.

Sehubungan itu, penulis tertarik untuk mengetahui apakah respon daripada pemuda dan puteri yang dikatakan sebagai salah satu kelompok yang banyak menggunakan internet sebagai medium mendapatkan maklumat. Berikut adalah respon yang penulis dapati daripada temubual ringkas tersebut.

“Perlantikan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai  Ketua Gerakan untuk membendung fitnah di laman blog sememangnya amat bersesuaian dengan karektor dan pengalaman beliau sebagai Menteri yang menerajui para belia negara ini.  Memandangkan kebanyakkan pengguna internet adalah daripada golongan belia, maka Azalina merupakan orang yang paling sesuai untuk berdepan dengan golongan ini.

Merujuk kepada komen yang di petik dari Agenda Daily, “ Pemuda mempunyai Biro Putera tetapi kenapa peranan mereka dalam menghadapi serangan terhadap UMNO menerusi internet tidak menyerlah.  Pemuda dan Puteri seharusnya merasa malu kerana Majlis Tertinggi memberi tanggung jawab kepada Azalina yang lebih ke depan dan di lihat berjaya berhadapan dengan pembangkang khususnya dalam peperangan siber sewaktu menerajui Puteri.

Pemuda sememangnya mempunyai penulis cyber tersendiri yang kebanyakkan bertumpu kepada laman web pemuda UMNO, begitu juga dengan Puteri.  Namun para penulis daripada Pemuda dan Puteri hanyalah memberi respon kepada artikel yang menyelar kepimpinan UMNO dan politik sahaja. 

Maka peranan pasukan Azalina seharusnya dapat memantau lebih daripada pasukan yang sedia ada di dalam Pemuda dan Puteri.  Terutamanya isu-isu yang memfitnah dasar-dasar kerajaan serta para pemimpin negara seperti para menteri kabinet.Pasukan yang bakal di tubuhkan itu juga seharusnya tidak bersifat defensive semata-mata dalam erti kata lain hanya menjawab isu yang di bangkit oleh pembangkang, tetapi juga mampu bertindak secara offensive dengan pelbagai isu—–

Mengenai respon daripada pihak pembangkang yang menuduh bahawa tindakan UMNO melantik penulis khas bagi menangkis berita fitnah mengenai UMNO di internet sebagai bukti kegagalan jentera penerangan UMNO untuk berbuat sesuatu bagi membersihkan imej pemimpin dan parti yang semakin di persoalkan rakyat.

Respon pembangkang yang menuduh tindakan UMNO mewujudkan pasukan yang menangani fitnah di internet telah di salah ertikan atau seperti biasa di putar belitkan oleh pihak pembangkang sebagai alat baru selepas akhbar nasional sebagai ejen pembersih imej pemimpin UMNO yang rosak.  Hakikatnya pihak pembangkang gentar apabila UMNO dengan secara seriusnya mengistiharkan perang cyber di internet untuk menyerang balas fitnah-fitnah yang di sebarkan oleh para pembangkang yang sebelum ini tidak begitu di pandang serius oleh pihak UMNO. “ akhiri beliau yang merupakan ahli Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: