Bomoh guna tarian bogel rawat pesakit

Jun 19, 2007 at 9:57 am (Dalam Negeri)

KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM: Seorang bomoh wanita di sebuah kampung di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini didakwa menggunakan cara menari bogel beramai-ramai ketika mengamalkan sejenis ajaran dan merawat pesakitnya.

Seorang guru dari sebuah kampung berdekatan, berkata, beliau membawa isterinya berjumpa dengan bomoh itu kerana wanita berkenaan dikatakan pakar dalam merawat pesakit yang mengalami gangguan kesihatan, penyakit ganjil atau buatan orang.

Mokhtar Mohd Noor, 53, berkata pada mulanya bomoh itu memberikan isterinya sejenis minuman dan menjampi isterinya sebelum beberapa lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an menari dan berbogel di sekelilingnya.

“Ketika tarian itu, bomoh itu duduk di atas sebuah kerusi berpayung kuning sambil membaca jampi serapah yang tidak difahami seakan-akan bunyi bacaan al-Quran secara menyanyi,” katanya.

Mokhtar berkata, beliau tidak menunggu sehingga rawatan itu selesai kerana tidak dapat menerima cara bomoh itu merawat isterinya dengan berbogel.

“Orang kata ketika itu (merawat) dia perturunkan ilmunya kepada pesakit supaya mengikut kehendaknya sama ada memberinya wang atau mengikut ajarannya,” katanya.

Beliau berkata, pengikut lelaki bomoh itu, dipercayai rakyat negara jiran, dikatakan tinggal serumah dengan wanita itu.

Seorang penduduk kampung itu, Fuzi Nor, mendakwa bomoh berkenaan menggelar dirinya ‘Ibu’ dan mengamalkan ajaran seakan-akan ajaran kumpulan Ayah Pin kerana dia akan memberi sejenis minuman kepada tetamu setiap kali melakukan rawatan.

Beliau berkata, pengikutnya akan menari bercampur antara lelaki dan perempuan sehingga lewat malam dalam keadaan bogel.

Fuzi berkata, bomoh itu baru tinggal dua bulan di kampung berkenaan dan sebelum ini dikatakan sering berpindah randah di Kelantan.

Sumber Bernama

1 Komen

  1. MANIKURAI said,

    BENDA2 MACAM NI PUN ADA KE…… ? KAT KELANTAN TU

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: