Tilikan Cahaya Nujum Gerhana

Jun 18, 2007 at 9:47 am (Kebenaran Sebenar)

Go to fullsize imageNampaknya siri tilikan Cahaya Ria  Nujum Gerhana berakhir dengan dua siri sahaja.  Sebagaimana yang KK janjikan, siri ini KK akan menjelaskan kekeliruan istilah Cahaya Ria yang di hasilkan oleh tilikan Nujum Gerhana. 

Pada KK, Cahaya Ria Nujum Gerhana adalah seorang yang sedang dilanda Gerhana yang tidak kelihatan untuk kembali bercahaya.  Kalau nak tenggelam terus bersama malam ada laa..

KK katakan demikian kerana berdasarkan pemerhatian,  KK dapati Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah menghasilkan Cahaya Ria kepada karier politik beliau, terutamanya dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO.  Sejak zaman Tun Dr. Mahathir lagi beliau tak pernah menang dalam merebut jawatan presiden pada pertengahan tahun 1980-an sehinggalah ke zaman Pak Lah pun tak menang-menang jugak.  Malahan kalau dilihat kepada populariti beliau di dalam pilihan raya umum di kawasan Parlimen beliau juga makin lama makin merosot.

Memang tidak di nafikan idea beliau dalam mewujudkan Petronas, Bank Bumiputra, Universiti Islam Antarabangsa dan Bank Islam yang telah menjadi mercu tanda negara, di samping beberapa gagasan NGO Melayu  serta beberapa gagasan pejuang Melayu yang tidak mampu membantu beliau dalam politik terutamanya bagi mendapatkan jawatan Presiden UMNO.

Apa yang KK Nampak, Negara tidak perlukan Cahaya Ria yang Pak Nujum katakan kerana Gerhana tidak akan berlaku.. yang jelas lagi bersuluh adalah Cahaya Ria diri Pak Nujum yang menjadi Nujum Gerhana yang tak akan cerah…  Habis modal nak adakan spekulasi gerhana, kini terang-terangan pula balun Pak Lah dalam isu pemindahan Universiti Melaya…

Para blogers yang bijaksana, setiap cerita jangan kita terima bulat-bulat terutamanya daripada blog-blog Nujum Gerhana… fikir-fikirkanlah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: