NUJUM GERHANA

Jun 14, 2007 at 3:50 am (Berita Panas!)

Tersebut al-kesah… seorang nujum kuda kepang yang meramalkan Negara bakal dilanda gerhana berikutan tilikan dan firasatnya.  Apa yang membuat KK tergerak untuk menulis tentang ini adalah kerana firasat yang pak nujum nyatakan, di hujung gerhana tersebut akan muncul seorang “Cahaya Ria”.

Bagi pembaca yang tertanya-tanya apakah gerhana yang dimaksudkan oleh Nujum tersebut, di sini biar KK ringkaskan tentang firasat Nujum Gerhana ini… di pendekkan cerita, firasatnya berkaitan dengan situasi kepimpinan Pak Lah yang bakal di landa gerhana dan beliau meletakkan “Cahaya Ria” di hujung gerhana tersebut adalah Tengku Razaleigh Hamzah.

Kata Pak Nujum, jampi serampahnya di ambil dari muka surat 266 kitab ‘Apa Agenda Anwar Ibrahim Dengan Khairy Jamaluddin’ karya Yahya Ismail atau Pak Ya yang berbunyi… Kalau beliau (Tengku Razaleigh) menumpas Mahathir pada tahun 1987, jawatan PM akan disandang oleh beliau. Malangnya, dia gagal. Tapi beliau tidak mudah berputus asa dalam perjuangan dan tidak pernah kalah dalam setiap pilihan raya yang disertainya hingga sekarang. Beliau mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM. Kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan senario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.

Begitulah jampinya maka terhasil firasat Pak Nujum yang mengatakan Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba…Berikutan firasat tersebut, KK jadi keliru kerana “Cahaya Ria” yang Pak Nujum maksudkan, KK lihat sedang di landa gerhana dan hampir tenggelam dengan gerhana tersebut…  Kenapa KK katakan sedemikian, para pembaca boleh ikutinya pada episod akan datang yang akan KK jelaskan…

1 Komen

  1. ennaytu said,

    Cuba cerita naper lak Cahaya pak Nujum 2 boleh jadi gerhana lak… nak tau gak ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: