Pak Lah & Jeanne Selamat Diijab Kabul

Jun 11, 2007 at 4:01 am (Dalam Negeri)

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selamat diijabkabulkan dengan Datin Seri Jeanne Abdullah di Seri Perdana pada jam 2.50 petang, Sabtu oleh Pemangku Imam Besar Masjid Putra, Haji Abdul Manaf Mat. Majis ringkas tersebut dihadiri oleh anggota keluarga terdekat termasuk anak-anak Perdana Menteri, Kamaludin, Nori, menantu Khairy Jamaluddin serta anak-anak perempuan Datin Seri Jeanne, Nadiah Kimie dan Nadene Othman juga bapa pengantin perempuan, Matthew Danker. 

Menurut Bernama tiada liputan media untuk majlis pernikahan itu atas permintaan keluarga Perdana Menteri. Menurut satu kenyataan keluarga Perdana Menteri kepada Bernama Perdana Menteri dan isteri mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang mendoakan kebahagian mereka. 

Selesai majlis akad nikah Abdullah membawa Jeanne dan keluarga terdekat menziarahi pusara arwah isteri,Datin Seri Endon Mahmood di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.  Perdana Menteri yang ditanya para wartawan di situ berapa kali beliau lafaz akad nikah, jawab, “sekali saja”.

Hadir sama, adik Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud, Datuk Rahmah, Othman, Nonni dan Puan Sri Aizah, serta suaminya, Tan Sri Mohd Radzi Mansor.




 
 

2 Komen

  1. melayu_konon said,

    semuga isteri PM Islam Hadhari ni diberi hidayah untuk menutup aurat.
    dan semoga jodoh mereka panjang hingga ke akhir usia.

    Amin..

  2. kuntakinte said,

    Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: