Zainuddin Pertahan Azalina

Jun 8, 2007 at 3:49 am (Kebenaran Sebenar)

Go to fullsize image SEPANG 7 Jun – Kementerian Penerangan menafikan fitnah yang mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said telah menggunakan ‘tiket menteri’ untuk bercuti dan membeli-belah di Nepal pada pertengahan Mei lalu.  Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, fitnah itu disebarkan oleh pihak yang berkepentingan politik melalui pelbagai cara termasuk menerusi media cetak.  Katanya, tuduhan itu disebarkan setelah Azalina melawat kumpulan Ekspedisi Merdeka de’ Everest 2007 di kaki Gunung Everest, Nepal pada 19 Mei lalu.

“Ada pihak berkepentingan politik telah menuduh Azalina ke Nepal untuk membeli-belah. Ini satu kerja kotor pihak tertentu.  “Dakwaan itu dibuat melalui beberapa cara termasuk menerusi ‘akhbar nyamuk’ puak itu sendiri,” ujarnya.  Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut kepulangan tujuh wira negara yang menyertai Ekspedisi Merdeka de’ Everest 2007 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Kenyataan pembelaan daripada Menteri Penerangan terhadap rakan sejawatnya ini adalah sesuatu sikap yang patut di puji.  Keperihatinan beliau terhadap isu yang dimainkan oleh pihak-pihak berkepentingan politik ternyata beliau peka dengan media-media yang dibawah seliaan Kementerian Penerangan.

 Zainuddin dalam ucapan beliau di KLIA sewaktu menyambut kepulangan wira-wira negara dalam Misi Merdeka de’ Everest 2007 dengan lantang menyelar media berkenaan yang turut hadir pada waktu tersebut.  Inilah pemimpin yang telus dan berani membela rakan sejawat.

Hasil lawatan kerja rasmi Menteri Belia & Sukan selama empat hari di Nepal yang di katakan untuk ‘shoping’ tersebut telah mendapati Perdana Menteri Nepal, Girija Prasad Koirala menyatakan hasratnya mahu menaikkan status kuasa usaha Nepal di Malaysia kepada duta penuh.  Selain kunjung hormat Perdana Menteri Nepal, penulis juga mendapati Azalina juga telah mengunjungi rakan sejawat beliau di Nepal dan para pembaca boleh tengok sendiri semua ini dalam www.menteribeliasukan.net

Inilah sikap sesetegah orang yang tahu cari salah orang saja.  Menteri-menteri kabinet Barisan Nasional tahu buat kerja diorang, ini hal Menteri Belia & Sukan, hari tu masa isu Tanah Tinggi Lojing pun kena kepala Menteri Sumber Asli & Alam  Sekitar.  Pada hal pemimpin kerajaan Negeri Kelantan yang buat lepas tangan tentang isu tersebut tidak pulak timbul…

Jangan tahu cari salah orang jer… sendiri mau ingat laa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: