Pak Lah akhirnya memilih pasangannya…

Jun 7, 2007 at 3:41 am (Berita Panas!)

Oleh K. Eusoff

Gembar gembur Pak Lah nak kawin akhirnya ditamatkan dengan kenyataan mengenai tarikh pernikahan itu, yang akan diadakan di Seri Perdana, Putrajaya, dibuat oleh Pak Lah sendiri menerusi satu kenyataan diedarkan kepada media tengah hari semalam. Berikutan itu, majlis yang dihadiri Pak Lah petang semalam menjadi tumpuan wartawan.  Sebaik memasuki bilik sidang media pada jam 5.20 petang, Pak Lah yang kelihatan riang, secara berjenaka bertanya mengapa begitu ramai wartawan membuat liputan majlis itu, menyebabkan suasana riuh rendah dan gelak ketawa.

Pak Lah  memilih bekas Pengurus Kompleks Seri Perdana, Jeanne Abdullah, 53, sebagai pasangan hidup yang akan dinikahinya pada satu majlis sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat, Sabtu ini. Jeanne, anak sulung daripada empat beradik dan dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 ialah bekas adik ipar Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud.  Jeanne yang berpisah dengan suaminya sejak 15 tahun lalu, mempunyai dua anak – Nadiah dan Nadene.  Beliau memilih Jeanne kerana perwatakannya serasi, bersikap sederhana dan pandai membawa diri.

“Saya sudah mengenalinya kira-kira 20 tahun dan dia sebenarnya keluarga, adik ipar Kak Endon apabila Jeanne berkahwin dengan adik arwah Endon tetapi dah berpisah sejak lebih 15 tahun lalu. Namun saya dapati dia cukup sederhana, peramah dan pandai melayan orang yang datang ke rumah saya.”

Berita gembira ini di harap dapat menutup mulut-mulut yang suka membuat cerita dan spekulasi yang tidak berasas.  Pilihan Pak Lah di harap dapat membahagiakan beliau.  Jeanne yang sememangnya bukan orang asing kepada Pak Lah dan keluarga merupakan pilihan yang sesuai kerana telah biasa dengan cara hidup dan kehendak keluarga pertama ini.  Cuma sebelum ini Jeanne hanya sebagai pengurus yang bertugas melaksanakan tugas-tugas di kediaman rasmi keluarga Pak Lah, selepas ini tugas sebagai wanita pertama yang tentunya tidak menjadi masalah kepada beliau yang telah biasa dengan rutin Allahyarham Datin Seri Endon.

Selamat pengantin baru Pak Lah dan Jeanne, semoga berbahagia sampai bila-bila…

1 Komen

  1. gruz said,

    hehehehe.. paklah2 kantoi jugak akhirnya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: