Buat Baik Disangka Ada Udang Di Sebalik Mee.

Mei 23, 2007 at 9:23 am (Nasional)

 Pada 21 Mei 2007 yang  BG6Rrespon daripada orang ramai termasuk pihak parti pembangkang.  Kenyataan Menteri Besar Kelantan dalam Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 2007 menyatakan “Kenaikan itu dibuat dekat-dekat pilihan raya, kenapa tidak buat dari dulu lagi.  Jadi, timbullah pelbagai pertuduhan sedangkan isu harga barang mahal sudah lama timbul.”

Rata-rata kakitangan awam amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan dan Perdana Menteri khususnya di atas perkara baik ini.  Namun masih ada segelintir yang tidak berpuas hati dengan pengumuman ini yang dianggap terlewat kerana harga barang dan minyak yang telah lama naik. 

 

Itu sikap segelintir manusia yang tak tau bersyukur, apa lagi nak berterima kasih kepada kerajaan yang perihatin tentang situasi kakitangan awam negara ini.  Yang lebih menyedihkan lagi apabila orang-orang politik meletakkan berita ini sebagai kayu pengukur tempoh pilihan raya umum dan umpan kerajaan Barisan Nasional untuk memancing undi kakitangan kerajaan.

Persoalannya, adakah para pengundi tidak mempunyai akal dan rasional sendiri untuk menilai kerajaan yang mampu membela rakyat?  Pandangan sebegini amat menyedihkan seolah-olah pengundi di Malaysia tidak mampu berfikir sendiri sehingga mudah di suapkan dengan perkara-perkara yang menyenangkan.  Taktik ‘reverse psychology’ yang dimainkan oleh pihak PAS & PKR ini ternyata merendah-rendahkan pemikiran para pengundi di Malaysia.

Berbalik kepada isu kenaikan gaji kakitangan awam, kenyataan Perdana Menteri pada 22 Mei 2007 di Tokyo baru-baru ini menjawab tohmahan pihak PAS & PKR, “Apa yang kita buat untuk sector awam adalah sesuatu yang mereka perlukan.  Dulu bila mereka minta, kita tidak ada duit nak beri, sekarang kita mampu, maka kita berilah.  Buat apa nak tunggu lagi.”  Tegas beliau lagi, kerajaan bekerja bukan untuk pilihan raya  tetapi demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: