Nik Aziz Terpesona Dengan Azalina

April 5, 2007 at 7:25 am (Dalam Negeri)

Sukan Nisa yang telah dianjur oleh An Nisa baru-baru ini, kini menjadi satu program sukan yang amat di agungkan oleh parti PAS yang mengangkat taraf sukan itu sebagai taraf sukan nasional walaupun ianya hanya bertaraf daerah.

Pas telah mula berangan-angan untuk menganjurkan sukan wanita ini ke taraf sukan Sea mahupun Olimpik walaupun pencapaian sukan ini tidaklah membanggakan kerana ianya tidak langsung melahirkan atlit-atlit bertaraf nasional mahupun daerah. Taraf sukan ini tidak lebih dari taraf pertandingan antara jabatan.

Tuan Guru dan Husam begitu riak sekali mengatakan bahawa Azalina dan Noraini ketinggalan kerana tidak dapat menganjurkan sukan ini yang mana sukan ini sebenarnya bukanlah tahap kepimpinan Azalina atau Noraini untuk menganjurkan. Ketua-ketua jabatan boleh menganjurkannya sebagai sukan tahunan atau sukan untuk hari keluarga.

Mungkin Nik Aziz dan Husam tidak mengikuti perkembangan pembangunan sukan sebelum ini apabila sukan wanita pertama yang dianjurkan oleh WSFFM dengan sokongan KBS telah melahirkan beberapa orang atlit bertaraf nasional dengan penyertaan lebih 2000 atlit dan lebih dari 14 pasukan termasuk pasukan Polis Di Raja serta Pasukan Tentera.

Azalina sering menyarankan bahawa sukan bukan hanya untuk memenangi pingat, ia sepatutnya menjadi satu budaya.

Terima kasih kerana Nik Aziz dan Husam yang telah menyahut saranan Azalina dan ini telah membuktikan bahawa Azalina telah berjaya membudayakan sukan sehingga Nik Aziz dan Husam juga sibuk mahu membudayakan sukan di kalangan muslimat PAS dan ahli-ahli Pas.

Liga sukan komuniti telah menarik minat ramai apabila ianya berjaya dianjurkan di setiap DUN. Ini juga telah menarik minat Nik Aziz untuk menganjurkan sukan Futsal Piala Nik Aziz ketika Kejohanan Liga Sukan Komuniti itu berlangsung.

Jelas di sini selain ADUN dan Ahli Parlimen BN, mereka dari parti pembangkang juga sibuk menganjurkan program sukan dan nyata Azalina telah berjaya membudayakan sukan bukan sahaja kepada penyokong kerajaan malahan Nik Aziz juga terpesona dengan semangat yang ditiup oleh Azalina lantas menyahut budaya yang diterapkan oleh Azalina.

Bezanya Azalina tidak riak dengan kejayaan yang dikecapi oleh atlit dan penganjuran yang telah beliau lakukan dan tidak mempolitikkan sukan sepertimana Nik Aziz dan Husam lakukan. Ibarat bertelur sebiji, riuh sekampung….

8 Komen

  1. abang said,

    Saudara pengarang,
    Menganjurkan sukan seperti yang saudara ‘fahami’ mungkin senang… Tapi kalau menganjurkan sukan untuk menepati kehendak Allah (menutup aurat, menjaga batas pergaulan dan sebagainya) memang susah.. Kalau saudara memandang rendah pada usaha sebegitu, seolah-olah saudara memandang rendah pada agama sendiri. Janganlah sebab berparti kita tidak tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk… Allahua’lam.

  2. insan said,

    Syabas Datuk Azalina

  3. Enaytu said,

    Memang dah terpesona pun… ‘Orang dah lama buat puak dia baru dak bersohor satu Malaysia’. Nak bunyi internasionalnya cuma jemputan atlit luar negara jadi model, sapa-sapa pun bole…

  4. yup said,

    betul tu. riak tu nerakaaaaaa la tempatnya

  5. melayu_konon said,

    Syabas.. Menteri sendiri tak bertudung, siapa la nak ikut.. hukum Allah dibelakangkan.. menutup aurat tu hukumnya? kalau wajib kenapa tak tutup?

  6. kuntakinte said,

    Dato’ Seri Azalina bukannya nak mengajak kaum wanita Islam supaya tidak bertudung… Apa yang dilakukan oleh beliau adalah untuk semua pihak menjalankan cara hidup sihat dengan bersukan. Idea beliau mengadakan Sukan Wanita ternyata telah MEMPERSONAKAN Tok Guru Nik Aziz sehingga mengadakan Sukan Nisa’ di Kelantan.

    Apabila seorang guru yang tidak menutup aurat mengajar kita tentang ilmu keduniaan yang dapat membimbing kita menjadi masusia yang baik adakah kita tidak patut ikut ajaran tersebut walaupun ianya adalah ilmu serta pendapat yang baik dan diredhai Allah?
    Fikir-fikirkanlah…

  7. abuurwah said,

    aku sokong tok guru nik aziz sampai bile2
    dia cite lagi banyak betul dari puak umno yg menkedarah duit rakyat..
    sukan islam baguslah…kot umno tak suke kot sukan islam ni!!
    tak suke carik lah kedamaian dalam agama lain

  8. aku said,

    kpd Enaytu said,

    ko org buat sukan dok dedah aurat….yg pas buat sukan yg tutup aurat…
    apa punya lembap la ko nie….

    org umNO mmg pikiran lembap la…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: