PAS HENTIKAN LAWAK ANDA

Mac 25, 2007 at 12:55 am (Kebenaran Sebenar, Politik)

Bila orang lain membicarakan isu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat, Pas pun sibuk ke hulu ke hilir mengecam rundingan mengadakan FTA dengan AS ini. Malangnya jika orang lain berbincang untuk mencari jalan terbaik untuk negara, Pas hanya pandai mencemuh, memfitnah dan membuat cerita lawak kedai kopi.

Seorang EXCO Dewan Pemuda Pas, Zolkharnain Abidin, mendakwa FTA akan menyebabkan berlakunya, penjajahan ke atas akidah dan kedaulatan Islam.Apa relevannya FTA dengan AS dikaitkan dengan soal akidah dan kedaulatan Islam di Malaysia ini? Kalau bebal sangat janganlah bercakap. FTA dengan AS adalah untuk isu perdangangan dan perniagaan. Apa kena mengena dengan isu kepercayaan dan budaya orang Islam.

Sama ada FTA atau tidak, orang Islam tetap terdedah kepada pelbagai budaya asing. Malahan belum pula kita terjumpa fakta bahawa begitu ramai rakyat negara lain yang menukar agama atau cara hidup kerana ada FTA dengan AS.

Untuk pengetahuan Zolkharnain perbincangan untuk FTA ialah membabitkan sektor yang mempunyai urusan kewangan atau jual beli. Tidak ada kena mengena kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan hendak diubah atau bakal diubah.

Lebih mengelirukan, apa kena mengena FTA dengan halal haram makanan yang dijual seperti yang dibangkitkan beliau?

Free Trade Agreement ini banyak berkisar dalam isu pelupusan cukai barangan yang diimport antara kedua-dua negara, isu harta intelek dan juga kontrak-kontrak perniagaan. Dengan kata lain isunya ialah isu perdagangan, perniagaan dan bisnes.

Mungkin Zolkharnain sendiri tidak boleh membezakan antara Perlembagaan dengan undang-undang, ini yang menyebabkan beliau terkeliru dan membuat tafsiran sesuka hati.

Mungkin juga kerana sudah biasa memperdagangkan agama maka Pas merasakan isu agama akan dijadikan bahan dalam rundingan perdagangan ini.

Mungkin elok para pemimpin Pas belajar lebih jauh sebelum ingin membetulkan parti pemerintah. Setakat ini kemampuan Pas hanyalah membuat lawak jenaka dan memperbodohkan diri sendiri di khalayak awam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: