Piliharaya atau Pas, yang mana tidak releven?

Mac 6, 2007 at 7:44 am (Berita Panas!, Dalam Negeri, Politik)

6 Mac, (KuntaKinte), Pas sudah sering kali menyatakan dalam ceramah-ceramah politik bahawa piliharaya adalah sudah tidak relevan lagi untuk memilih pemimpin. Ini kerana mereka sudah tiada idea untuk memajukan kawasan pemerintahan mereka dan mula menunding jari kepada Suruhajaya Pilihanraya (SPR) dan mengatakan mereka telah dilobi oleh kerajaan iaitu Barisan Nasional.

Ini adalah suatu tuduhan yang amat berat, kerana sebagaimana yang kita ketahui SPR adalah salah sebuah badan berkecuali bermaksud ia tidak akan berpihak kepada mana-mana pihak seperti kerajaan mahupun pembakang dalam sistem mereka. Keputusan piliharaya yang dikeluarkan oleh SPR juga adalah telus dan tepat. Dan sekiranya sesetengah pihak menyatakan terdapat kesilapan dalam keputusan udian, mereka boleh menyerahkan bukti-bukti kepada mahkamah untuk di ambil tindakan sewajarnya.

Menurut Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, dia menyarakan bahawa supaya Pas tidak bertanding pada piliharaya akan datang. Tambahnya lagi, “Kalau pilihan raya sudah tidak relevan lagi bagi Pas, serah sajalah kepada Barisan Nasional  dan Pas tak perlu susah-susah mengadakan ceramah di sana sini,”.

Seperti apa yang kita dapat lihat tiada apa yang Pas buat sepanjang hampir lima tahun pemerintahannya di Kelantan. Tetapi sekarang, cuba lihat keadaan negeri Terengganu, kita alami kemajuan yang amat pesat sekali.

Setelah Terengganu diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional selepas pilihan raya lalu, negeri ini semakin membangun berbanding semasa Pas memegang kuasa di negeri ini.

%d bloggers like this: