Yakini saham tempatan – PM

Mac 2, 2007 at 4:07 am (Fakta Sebenar)

SANA’A 1 Mac – Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan mengenai kejatuhan Bursa Malaysia semalam kerana pelabur masih yakin terhadap bursa tempatan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

SANA’A 1 Mac – Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan mengenai kejatuhan Bursa Malaysia semalam kerana pelabur masih yakin terhadap bursa tempatan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia perlu menunjukkan keyakinan kepada pasaran saham dalam negara dan tidak perlu terikut-ikut dengan pasaran di negara lain.

“Apabila rakyat menunjukkan keyakinan dan kesediaan melabur dalam pasaran negara ini, ia akan memberi isyarat kepada pelabur negara lain untuk datang lebih ramai dan melabur di negara ini,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir hari kedua lawatannya ke Yemen di sini, semalam.

Pasaran saham Malaysia dan serantau menjunam buat hari kedua semalam berikutan penjualan besar saham di China pada Rabu yang merebak ke pasaran seluruh dunia.

Berikutan kejatuhan pasaran, Bursa Malaysia dan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertindak meyakinkan pelabur bahawa penjualan itu disebabkan faktor luaran sementara asas ekonomi di Malaysia tidak berubah.

Petunjuk utama pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) jatuh 40.63 mata atau 3.3 peratus pada 1,196.45, menurun lagi berbanding 2.8 peratus hari sebelumnya. Ia merupakan kejatuhan terbesar dalam satu hari sejak 21 September 2001.

Sentimen negatif itu turut memberi kesan pada ringgit yang susut 0.2 peratus kepada 3.5017 berbanding dolar Amerika, paling rendah sejak 19 Disember tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, wakil-wakil rakyat yang berkhidmat dengan baik tidak perlu bimbang mengenai nasib mereka dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya terus memberi perkhidmatan terbaik sebagaimana dijanjikan dalam pilihan raya sebelum ini.

“Bila kita kerja bagus, bila wakil rakyat kerja elok, apa nak bimbang sangat fasal nasib dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Sehubungan itu, Abdullah yang juga Presiden UMNO mengulangi kenyataan supaya semua pihak tidak terlalu membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengulas kenyataan Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib kelmarin bahawa semua jentera UMNO diletakkan dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa.

Katanya, menjadi kebiasaan apabila masuk tahap kedua penggal pilihan raya, orang ramai akan mula bercakap mengenai pilihan raya akan datang dan membuat bermacam-macam ramalan.

“Bila tempoh lima tahun masuk tahap kedua, orang ramai akan mula bercakap fasal pilihan raya. Kita tidak sepatutnya buat spekulasi… saya dah kata jangan dok buat ramalan, yang pentingnya kerja,” tegasnya.

Mengenai pelaburan, Perdana Menteri berkata, syarikat Malaysia berjaya meraih projek bernilai lebih RM10 bilion dalam pelbagai bidang khususnya pengeluaran dan perkhidmatan di Syria dan Yemen.

Di Syria, ahli-ahli perniagaan Malaysia mengenal pasti projek-projek berpotensi dengan nilai RM2.51 bilion, manakala di Yemen pula projek bernilai RM7.68 bilion berjaya diperoleh.

Abdullah berkata, presiden kedua-dua negara itu mahu Malaysia memain peranan aktif dalam pembangunan ekonomi negara mereka berdasarkan keupayaan syarikat Malaysia.

“Isu-isu ekonomi terus diberi perhatian oleh OIC kerana banyak negara anggota memerlukan suntikan yang boleh membantu meningkatkan lagi keupayaan dalam membangunkan negara mereka,” katanya.

Menurut beliau, dua projek berpotensi di Syria ialah pembinaan lebuh raya yang akan dijalankan oleh United Engineering Malaysia (UEM) bernilai RM2.5 bilion dan kajian kemungkinan Taman ICT bernilai RM10 juta.

Di Yemen pula, katanya, antara projek berpotensi ialah jana kuasa tenaga bernilai RM1.31 bilion yang akan dilaksanakan oleh CIDB dan DPBS, pendidikan yang akan dilaksanakan oleh Kolej SAL bernilai RM2.5 juta, pembinaan lebuh raya (CIDB) bernilai RM4.55 bilion serta pembangunan infrastruktur (UEM) bernilai RM700 juta.

Beliau berkata, ahli-ahli perniagaan Malaysia dan Syria juga berjaya menetapkan projek usahasama yang berpotensi bernilai RM1.8 bilion iaitu pembangunan hartanah oleh UEM bernilai RM1.5 bilion dan penubuhan universiti swasta oleh Kolej SAL bernilai RM300 juta.

1 Komen

  1. ah meng said,

    cayalah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: