Rakyat Kelantan serik di bawah pemerintahan Pas!!

Februari 28, 2007 at 4:33 am (Berita Panas!)

Sila tekan untuk lebih lanjut. Terima Kasih. 

Menurut Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Rakyat Kelantan sudah serik berada di bawah pemerintahan kerajaan Pas sejak hampir 16 tahun lalu, kata Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Menurut beliau, rakyat negeri itu mengaku mereka tidak mahu lagi mengundi Pas sebaliknya ingin kembali ke pangkuan jalan dengan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, keinginan rakyat Kelantan itu menandakan zaman gerhana akan berakhir di negeri itu apabila mereka menyokong kembali BN.

‘‘Zaman gerhana di Terengganu sudah berakhir dan tiba masanya Kelantan pula membuat perubahan.

‘‘Mereka kata ‘taubat’ tak nak lagi Pas dan inilah pengakuan rakyat Kelantan sejak akhir-akhir ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Bekas Qari dan Qariah Peringkat Kebangsaan di Masjid Meraga Beris di sini malam tadi.

Mengulas lanjut perkara itu, kata Zainuddin, salah satu aspek menimbulkan rasa tidak senang hati rakyat di Kelantan adalah perjuangan Pas yang tidak konsisten.

Jelasnya, sebagai contoh dahulu mereka menentang segala bentuk hiburan di negeri itu tetapi kemudian mengubah pendirian dengan mempelawa juara Akademi Fantasia 3 (AF3) , Asmawi Ani atau Mawi mengadakan persembahan.

‘‘Dulu segala bentuk hiburan dikatakan haram tetapi sekarang mengubahnya kepada halal,” jelas beliau.

Beliau menambah, pemimpin Pas juga mendakwa tilawah al-Quran tidak menepati kehendak Islam kerana memperdengarkan suara adalah haram.

Bagaimanapun katanya, hasil cetusan ilham Almarhum Tunku Abdul Rahman, tilawah al-Quran bukan sahaja melahirkan ramai qari dan qariah, namun ia turut menyumbang kepada perkembangan pengajian agama yang berteraskan al-Quran. Di sunting daripada Utusan Malaysia.

23 Komen

  1. man said,

    hanya rakyat kelantan yang sokong umno dan tamak kan duit harta rakyat sahaja yang serik.. Golongan umno nie kecewa kerana rakan-rakan mereka dinegeri lain semuanya kaya raya sebab dapat curi duit rakyat.

    Kami rakyat biasa merasa amat bahagia kerana di bawah pemerintahan PAS syiar islam dapat dihayati dengan sepenuhnya. Biarlah lambat menbangun daripada cepat membangun dengan maksiat jika diperintah oleh umno

  2. man said,

    apa nie tauke blog… kalau takut kena komen… jangan buat ruangan komen..
    Open minded la sikit… kenapa nak tapis… blogger lain tak ada tapis pun…
    mana ada kebebasan bersuara macam nie…. You punya blog nie adalah yang pertama didunia yang tapis komen…. u pegi jual goreng pisang tepi jalan la… U tak layak jadi blogger..

  3. peterpan said,

    Betul jugak kata ko tu man. Aku pegi kelantan hari tu tengok kedai 90% org melayu yg punya.Tak macam negeri lain banyak bangsa lain yg punya.Blog ni ada tapisan ke??

  4. ah meng said,

    wei man…kau owg kelantan betul ker??xkan kau xpenah tgk video blue 3gp yg banyak minah2 kelantan??? maksiat kat kl pn xder nyer banyak mcm kat kelantan?? ape kes nie?? PAS tertido ker?? maksiat tetap akan ada selagi owg bukan islam ader…begok….

  5. ah meng said,

    blah ar PAS….kunun2 bajet alim ar..pakai nama islam…mula2 ckp Mawi ni bawak byk maksiat ar…aper la…alih2 bawak jugak Mawi dtg kelantan….aper kes?? Hukum ALLAH xle di ubah2 lah…begok..

  6. azmi said,

    aku rase masih ramai owg minum guna air perigi yang kotor yang duk kt kelantan…kesian aku tgk…Kerajaan Pusat…sila tolong buang PAS dari kelantan…….

  7. kuntakinte said,

    Itulah kebenaran yang kami ingin bawakan disini…untuk menyedarkan semula minda2 yang telah dijajah dan dibaja dengan janji2 yang boleh memberi tiket ke syurga….

    TEPUK DADA TANYA HATI…

  8. joei said,

    aloo ah meng…

    kalau setakat video3gp bukan kelantan je… semua negeri ada..
    tapi yang nyata nya disko , pub , rumah urut, rumah pelacur , no ekor , kelab judi
    bersepah kat KL, johor, penang,ipoh,

    tak lama semua negeri pun ada… ikut konsep baru.. ISLAM HADHARI

  9. joei said,

    biar lah minum air kotor pun en azmi…

    daripada dijajah dan disamun penyangak2 politik

  10. sarkas said,

    KALAU DENGAN PAS KELANTAN BUKAN MAIN LAGI KERAJAAN BN.

    TAPI DENGAN SINGAPORE BUKAN MAIN MENIKUS LAGI. JAGUH KAMPUNG BETUL

  11. JIMMY said,

    Apasal blog nie tak keluarkan komen aku. kena tapis ke??
    kalau macam ni nama nya blog syok sendiri.
    tak nak aku masuk lagi

  12. man said,

    betul tu jimmy…. aku punya komen pun banyak kena tapis…
    syok sendiri diorang nie…. buat forum tapi takut nak terima kenyataan..
    dasar pengecut.. patut la kerajaan kita dengan singapore pun tak bole handle..
    jaguh kampung betul

  13. letih said,

    betul la blog nie ada tapisan.. Kalau kutuk umno sikit je terus kena padam.. Tapi diaorang kutuk pas boleh pulak.. Hadhari sungguh

  14. letih said,

    tadi ada jimmy , joei , man punya komen.. tapi sekaang dah tak ade..
    tapi apa yg diaorand kata semua betul…
    syok sendiri betul blog nie

  15. man said,

    betul la letih.. mesti kau pun dah letih dgn blog nie..
    kalau takut dilambung ombak jgn berumah ditepi pantai
    kalau takut dgn komen jgn jadi tauke blog

    hahaha

  16. man said,

    hmmm… jaguh kampung rupanya blog nie…

  17. letih said,

    blog anak manja nie…

    tak bole terima kenyataan .. tapi kutuk orang lain bole pulak
    betul kata kau man

  18. Selipar said,

    kepada man…

    kalau x suka kerajaan… pergilaa dok negara lain.. dok maki2 kerajaan sendiri.. tapi duduk lagi sini.. blah La!.. Malu aku kalau ko ni kakitangan kerajaan,.. !

  19. melayu_konon said,

    salam selipar,

    anda sedar tak, kami dok kutuk BN, bukan kerajaan Malaysia. jadi, kami masih ada hak sebagai rakyat Malaysia untuk duduk dan kerja di Malaysia. Yang BN nak sekat hak kami sebagai pekerja kerajaan Malaysia apesal? fikiran anda ni sempit la.. 3rd class bak kata Pak Lah..
    sekian

    wassalam

  20. melayu_konon said,

    definisi kakitangan awam adalah mereka yang bekerja dibawah KERAJAAN MALAYSIA, bukannya mereka yang bekerja dibawah BARISAN NASIONAL.

  21. melayu_konon said,

    malu aku kalau ko nie berfikiran kelas ketiga.. asik spoonfeed dari orang lain aje.
    tipikal melayu..

  22. aku said,

    kpd ah meng ko lg begok….stakat tajuk minah2 kelate ko pcaya la…klu aku taruk nama adik ko kat situ…ko pcaya jugak la…..bodoh nya…..yg mcm tu pun x pikir…lembap la lu nie….

    aku rakyat kelantan tahu la apa yg blaku kat negeri aku….aku lebih suka kelanta di bwh tok guru nik aziz…MB yg rendah diri….x mcm MB umNO…penting kn kroni2 je

    minum air telaga pun x pe….janji islam bersinar di bumi kelantan…nak harap kan UMNO…tunggu ah meng kuar pun blm tentu lg…..

    pikir la guna kpala otak jgn dok guna kpala lutut….

  23. umNO said,

    rupa2 nya puak umNO nie pikiran 3rd class.. x leh beza kn KERAJAAN ngan PARTI…
    mangkuk tingkap btl la puak umNO nie

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: