Lagi 133 anggota Pas isytihar keluar parti!! Syukur!!

Februari 28, 2007 at 4:38 am (Berita Panas!, Politik)

BESUT 26 Feb. – Penyokong Pas Terengganu dipercayai semakin hilang kepercayaan terhadap parti itu apabila sekumpulan lagi ahlinya bertindak keluar dari parti dan menyertai UMNO.

Terbaru, sekumpulan 133 ahli Pas dari beberapa kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mengisytiharkan diri mereka keluar dari parti itu untuk menyertai UMNO.

Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Ketua Pas Cawangan Cerang Meliling, Zakaria Said, 61, dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Kampung Kayu Kelat, Ibrahim Ishak, 54, menyerahkan borang keahlian mereka kepada Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh di Kampung Hutan Nangka di sini malam tadi.

Mereka kemudiannya diraikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu pada majlis Selamat Tinggal Pas (STP) yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad dan Naib Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Wan Zakaria Abd. Rahman.

Pada majlis itu Zakaria dan Ibrahim serta seorang lagi wakil kumpulan itu membuka baju T berwarna hijau dan melemparkannya di hadapan hadirin sebagai tanda simbolik meninggalkan Pas.

Zakaria yang berjuang dengan Pas selama 50 tahun dan memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan Cerang Meliling selama 20 tahun melahirkan rasa kesal kerana kepimpinan parti itu tidak bersungguh-sungguh melaksanakan undang-undang Islam seperti yang dijanjikan.

Katanya, pemimpin Pas pernah berjanji apabila menang pilihan raya umum tahun 1999, mereka akan melaksanakan undang-undang Islam sebelum ayam berkokok keesokan harinya.

Sebaliknya jelas beliau, apa yang mengejutkan pemimpin Pas meluluskan kenaikan elaun Exco kerajaan negeri dan tidak terdengar lagi usaha untuk melaksanakan undang-undang Islam.

“Pemimpin Pas selalu menuduh pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak betul tetapi setelah diberi peluang memerintah negeri, pemimpin Pas yang buat tak betul,’’ ujarnya.

Sementara itu, Ibrahim yang berjuang dengan Pas selama 30 tahun mendapati tiada perubahan dilakukan oleh Pas semasa memerintah negeri ini.

Sebaliknya apa yang ketara katanya, kehidupan pemimpin Pas kelihatan lebih senang sedangkan ahli dan pengikut yang bekerja sebagai petani serta penoreh getah terpaksa bertungkus-lumus menyumbang kepada parti.

Justeru, dia menyeru ahli-ahli parti itu supaya berfikiran waras dan menghentikan sokongan terhadap Pas sebaliknya menyertai UMNO dan BN yang lebih banyak membela rakyat.

Seorang lagi bekas penyokong Pas, Ibrahim Sulaiman, 60, yang menyertai parti itu sejak berusia 13 tahun mengaku sepanjang menyertai Pas, dia terpengaruh dengan dakyah pemimpin mereka.

“Saya juga terputus hubungan dengan saudara mara yang menyokong BN dan UMNO kerana terpengaruh dan terikut-ikut dengan ajaran pemimpin Pas, ” ujarnya.

Berita Daripada Utusan Malaysia.

5 Komen

  1. azlin said,

    alhamdulliah….makin ramai rakyat kelantan yg mula sedar akan kebenaran yang sebenar….mungkin golongan fanantik Pas yang lain masih taksub dengan ganjaran Syurga yang dijanjikan oleh Presiden mereka jika memilih Pas…..xpenah pulak lin bace maksud ayat al-quran yang menyatakan memilih Pas bermakna memilih Syurga…hehhe…kelakar jer bunyinyer…

  2. melayu_konon said,

    xpernah pulak saya dengar Islam (Hadhari) mengharamkan ASB dan KWSP yang bersifat gharar.. pelaburan internet digempur haram.. tapi ASB masih tiada siapa yang ‘usik’ … asalkan ada lesen, yang haram jadi halal.. kelakar je bunyinyer…

  3. civic said,

    Aikkk…betul ke ni..ust derani pulak masuk PAS..

    Ada juga yang tak paham dlm ni..memang la dlm quran takde terangkan undi PAS masuk syurga..tapi Apakah janji ALLAH jika kita sebagai umat islam berusaha mengangkat islam keseluruhan pada sebaik-baik tempatnya?

    Kenapa kita masih lagi mahu meletakan islam itu dibelakang kita sedangkan teori penjajah yang bersandarkan demokrasi itu dianggap lebih elok dari perutusan islam itu sendiri?Adakah kita sendiri tidak percaya pada ugama kita?

  4. aku said,

    kpd azlin said,

    ko nie mcm x blajar agama je….x penah g masjid nie….ye la org ceramah kat masjid kata org berpolitik….tu yg gelap hati tu….

    mmg x de dlm al-quran undi pas masuk syurga tp dlm al-quran x tutup aurat mcm bini pak lah tu haram…..apa komen ko azlin?

    islam hadari x pe kot… x tahu la aku….

    pikir2 la azlin oi…otak ada pikir le

  5. umNO said,

    aku rasa lg kelakar…undi umNO masuk neraka la sbb umNO subur kn maksiat…btl tak? leh terima akal gak…mcm mana azlin?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: