Jangan Bimbang Wahai Rakyat Malaysia!

Februari 28, 2007 at 3:59 am (Suara Hati)

Usah direnung air yang dalam, malah lihatlah pada air yang tenang. Bahasa yang dulunya yang indah menjadi kata-kata yang manis telah diceroboh dengan kata-kata yang kesat oleh segelintir rakyat Malaysia yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Jangan bimbang, usah ragu kepada pemimpin sendiri. Mana perginya ikrar janji rukun negara yang sering dilafazkan dengan penuh semangat. Janganlah hanya meniti dibibir sahaja bukannya datang dengan hati yang tulus dan ikhlas. Isu yang hanya menimbulkan fitnah dan dusta semata-mata. Mari kita renungkan sejenak tanggungjawab dan pengorbanan pemimpin.

Kita seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah bersama melalui perbincangan yang damai bersama pemikir-pemikir dan pemimpin negara. Jangan hanya menuding jari sesama sendiri. Perbaiki apa yang telah menjadi sejarah pada hari semalam untuk mengubah kehidupan rakyat khususnya dan kestabilan ekonomi dan politik negara umumnya.

6 Komen

  1. peterpan said,

    org kaya bole la jangan bimbang… kami rakyat biasa cam mane brader…
    barang makin lama makin naik harga…

    ekonomi kata ok pun bukan utk rakyat biasa … tapi untuk umnoputra je sekarang ni

  2. adijagat said,

    mana tak bimbang… asik tido je orang tua tuu

  3. kuntakinte said,

    wahai adijagat…

    berfikirlah dahulu sebelum menulis.. tido sebentar tiada salahnya.. jangan sekadar pandai menulis.. tapi.. satu haprak pun tiada sumbangan yang diberikan kepada kerajaan.. kamu ini.. memang dasar tak tahu diuntung

  4. jantunghati said,

    Manusia pandai bercakap jer tapi tak sampai ke hati pun…. Hipokrit punye orangle.

  5. melayu_konon said,

    tuan rumah tulis: satu haprak pun tiada sumbangan yang diberikan kepada kerajaan..

    salam tuan rumah, kerajaan tu anda maksudkan siapa? BN ke? kalau saya, memang tak beri sumbangan pada BN, TAPI saya beri sumbangan besar pada KERAJAAN MALAYSIA. ingat, dua tu perkara yang tidak sama.

    wassalam.

  6. umNO said,

    puak umNO nie mana tahu pasal KERAJAAN n PARTI… dia ingat kerajaan tu parti la…cetek sungguh pikiran puak2 umNO nie…sbb tu harta kerajaan dia buat mcm harta mak bapak dia je…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: