ALAHAI RAKYAT MALAYSIA

Februari 23, 2007 at 3:11 pm (Suara Hati)

Negara membangun yang dulunya dijajah. Kini mendapat perhatian di seluruh negara melalui sudut ekonomi, politik dan masyarakat majmuk yang datang dari pelbagai kaum. Malahan wujudnya pendatang asing dari luar negara yang mencari rezeki di bumi bertuah ini.

Namun, mengapa sebagai rakyat Malaysia yang dilimpahi kenikmatan ini,ada yang langsung tidak bersyukur dengan apa yang ada. Malahan hanya pandai menghina barisan para pemimpin kerajaan yang sentiasa bersusah payah untuk melalui proses anjakan paradikma demi menjadikan negara Malaysia dipandang di mata dunia. Pak Lah adalah manusia yang patut di sayangi dan di sanjungi sebagai pemimpin negara bukanlah di tomah dan di caci hanya kerana sedikit kekurangan sebagai seorang manusia. Oleh itu, wahai rakyat Malaysia, celikkanlah mata, bukakanlah dada untuk menyokong Pak Lah tanpa meragui kejujuran yang ada padanya kepada rakyat. Mengapa kita tidak berterima kasih kepada barisan pemimpin negara yang banyak mempertahankan negara kita? Yang penting bukanlah wang yang menjadi taruhan untuk menilai pemimpin itu, lihatlah dari hati yang suci, dari jiwa yang bersih dan akal fikiran yang waras untuk membantu pemimpin kita merealisasikan matlamat dan wawasan negara. Justeru itu,pemimpin kita akan sentiasa membuat yang terbaik demi siapa?Jika kita sering menghina dan mencaci sesama kita,apalah gunanya agama yang menjadi pedoman kita untuk menilai manusia dengan keadaan yang normal bukan dihantui dengan perasaan yang jijik. Pak Lah adalah satu anugerah tuhan untuk memimpin negara kita walau hatinya sering meronta dan berkata-kata namun apakan daya, itu adalah tanggungjawab yang perlu dipikul demi RAKYAT MALAYSIA yang dicintai sepenuh jiwa.Rela berkorban untuk memastikan negara aman,makmur dan sentosa dan menolak segala pandangan yang negatif yang sentiasa mengancam negaranya. Justeru, bersyukurlah wahai rakyat Malaysia,sedarlah akan pengorbanan pemimpin kita supaya generasi kita dimasa depan dapat mendidik diri dari menjadi pencaci sesama kita.

6 Komen

  1. kuntakinte said,

    kita seharusnya berbangga menjadi seorang warganegara malaysia.Cuba kita letakkan diri kita berada di negara yang sentiasa dilanda bencana dan sentiasa dilanda konflik.kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada paklah

  2. man said,

    hanya “UmnoPutra” sahaja yg boleh berbangga jadi rakyat malaysia..

    Kerajaan hanya mementingkan golongan rakyat atasan dan umnoputra sahaja , tetapi bumiputra dan rakyat biasa dihimpit dengan kos saraan hidup yang sangat tinggi.

  3. adijagat said,

    bangun laa pakcik…. asik tido jee…

  4. adijagat said,

    apa nie… tapis komen… malas la aku nak join lagi..
    baik aku tido je… macam boss hang tuuu

  5. pak sheih said,

    kuntakote,
    malaysia maju bukan sebab pak lah, tu time TUN DR MAHATHIR

  6. sarkas said,

    apasal gambar orang tengah tido dah tak de…
    mesti En. kinte kena marah nie..
    atau pun dia malu kot…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: