Malaysia tunggu permintaan khusus Thailand

Februari 22, 2007 at 5:11 am (Luar Negeri)

PUTRAJAYA: Kerajaan hanya boleh mengambil langkah susulan membantu Thailand berhubung keganasan di wilayah selatan negara jiran itu jika ada permintaan khusus dari negara berkenaan.PUTRAJAYA: Kerajaan hanya boleh mengambil langkah susulan membantu Thailand berhubung keganasan di wilayah selatan negara jiran itu jika ada permintaan khusus dari negara berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata Malaysia berpegang kepada persefahaman yang dicapai dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan rakan sejawatannya Surayud Chulanont di Thailand, minggu lalu dan tawaran masih terbuka bagi membantu mententeramkan keadaan di selatan Thailand.

“Pada masa ini, tawaran masih terbuka untuk kita membantu mententeramkan keadaan di selatan Thailand dan ke arah penyelesaian konflik.

“Namun ia bergantung kepada kerajaan Thailand untuk mencadangkan sumbangan dan bantuan yang boleh diberikan Malaysia selain skim latihan yang sedang dilaksanakan.

“Ada kira-kira 35 belia (Thailand) sedang dilatih di Pusat Giat Mara… kita bersedia melakukan perkara lain,” katanya.

Najib berkata demikian selepas menyaksikan perjanjian menandatangani kontrak membina kapal tangki kimia antara Penang Shipbuilding and Constructions (PSC) Sdn Bhd dengan Gagasan Carriers Sdn Bhd serta perjanjian persefahaman (MoU) membina kapal antara Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan Yonca-Onuk dari Turki, di sini semalam.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, Malaysia tidak boleh melakukan apa-apa di Thailand kerana ia membabitkan kedaulatan negara itu sehingga permintaan khas dibuat oleh Bangkok.

Mengulas keselamatan syarikat tempatan di Thailand, beliau berkata:

“Kedua-dua negara bertanggungjawab melindungi keselamatan pelabur asing sama seperti tanggungjawab kita menjaga keselamatan pelabur di Malaysia,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: