Isu sempadan tak gugat kerjasama ekonomi: PM

Februari 22, 2007 at 4:51 am (Luar Negeri)

JAKARTA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia dan Indonesia tidak akan membiarkan isu persempadanan kedua-dua negara menjadi halangan membangunkan kerjasama ekonomi yang berpotensi, nyata, dan jauh lebih besar manfaatnya kepada rakyat kedua-dua negara.Di darat atau laut sedang ditangani oleh jawatankuasa pakar teknikal Malaysia-Indonesia secara bersama menerusi mesyuarat yang sudah berlangsung sembilan kali dan mesyuarat ke-10 dijadualkan di Pulau Pinang tidak lama lagi.

“Perbatasan kedua-dua negara, termasuk soal Ambalat di Laut Sulawesi sedang dibincang pada peringkat teknikal dan semua lancar. Tidak perlu campur tangan pemimpin, baik saya mahupun Presiden Susilo Bambang Yudhoyono,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan radio berita 24 jam Elshinta, di sini, semalam.

Pertikaian perairan Ambalat yang dikatakan kaya dengan minyak dan gas pernah mencetuskan reaksi keras dan emosional rakyat Indonesia apabila berlaku tuntutan bertindih dan Abdullah serta Susilo sepakat untuk menyelesaikan isu itu menerusi meja rundingan.

Abdullah berkata, kedua-dua negara berharap hasil rundingan teknikal menghasilkan persetujuan yang seterusnya membuka jalan kepada kerjasama bermanfaat untuk pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat Malaysia dan Indonesia.

“Baik saya mahupun Presiden Susilo, kita berharap akan ada satu titik temu (kesepakatan) yang akan membuka peluang kepada kita untuk menjalin muafakat yang menguntungkan kedua-dua negara,” katanya.

Abdullah berkata, kekerapan beliau dan Susilo berhubung melalui telefon mahupun pertemuan sama ada di Indonesia atau Malaysia atau ketika persidangan antarabangsa, membantu kewujudan hubungan yang baik dan merapatkan keakraban kedua-dua negara.

Beliau berkata, dengan berakhirnya isu sempadan berikutan pembabitan pakar teknikal itu, wujud rasa lega sekarang antara Malaysia dengan Indonesia serta tiada lagi kebimbangan mengenai gangguan dalam hubungan kedua-dua negara.

“Jadi, suasana sekarang ada perasaan senang dan lega yang membolehkan kita memberi tumpuan kepada kerjasama terutama dalam bidang ekonomi yang sudah berjalan baik sekarang,” katanya dan menambah bahawa pada 2006, Malaysia menjadi pelabur terbesar di Indonesia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: