Cina puas hati prestasi kerajaan

Februari 22, 2007 at 4:55 am (Fakta Sebenar)

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara yang mantap dan kehidupan rakyat selesa akan mengikat seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum untuk kekal mendukung pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Keadaan itu sekali gus, akan mengetepikan unjuran beberapa pihak bahawa majoriti pengundi Cina akan memilih parti pembangkang pada pilihan raya akan datang kerana tidak berpuas hati dengan kemampuan kerajaan untuk memenuhi aspirasi rakyat.

Setiausaha Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Datuk David Chua, berkata kerajaan sudah mempunyai wawasan jelas iaitu untuk meletakkan Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Beliau berkata, masyarakat perniagaan dan perdagangan Cina senang dengan usaha kerajaan untuk memajukan ekonomi negara.

“Semua pihak berharap pelaksanaan projek sudah dirancang terutama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dipercepatkan supaya manfaatnya dapat dirasai seluruh rakyat,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kaji selidik sebuah firma penyelidikan yang mendapati lebih 60 peratus responden Cina dihubungi menjelaskan mereka akan memilih pembangkang pada pilihan raya akan datang supaya suara mereka diberi perhatian.

Kaji selidik oleh Merdeka Centre mendapati dua daripada setiap tiga orang pemilih kaum Cina akan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana mahukan perubahan.

Masyarakat Cina tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi yang dikatakan ‘tiada haluan’ serta kenaikan harga barang dan kadar inflasi tinggi.

Tinjauan pendapat itu membabitkan 1,025 responden, cuba menganalisis arah aliran pengundian bagi pilihan raya umum akan datang, yang dijadual selewat-lewatnya April 2009. Ada penganalisis politik meramalkan pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: