Adakah seks bebas di kalangan pelajar, bukti kerajaan tidak peka?

Februari 28, 2007 at 3:57 am (Fakta Sebenar)

Menurut Johari Jaafar, Harakah Daily.

Adakah seks bebas di kalangan pelajar , bukti kerajaan tidak peka? Lihat apa yang telah fakta yang telah diputarbelitkan oleh pihak PAS.

” Kajian yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan (UKM) yang mendedahkan 886 daripada 887 gadis mengaku bersetubuh memperlihatkan betapa seriusnya gejala sosial yang melanda remaja masa kini.

“PAS sudah lama bercakap menyatakan kebimbangan tentang gejala sosial, begitu juga dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain, tetapi nampaknya kerajaan tidak peka, malah dalam masa yang sama `menyuburkan’ lagi gejala sosial dengan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah itu,” demikian ditegaskan oleh Setiausaha Lujnah Penerangan PAS Pusat, merangkap Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Haji Masduki, apabila mengulas kajian yang dibuat oleh pihak UKM tersebut.

“Selama ini kita bercakap tentang gejala sosial yang membimbangkan, kita minta kerajaan menutup `pintu pintu’ ke arah mengembang-biakkan lagi gejala tersebut, tetapi kerajaan `tidak endah’, sekarang ini ternyata apa yang merisaukan PAS itu berlaku”, katanya.

Menurut beliau, statistik yang dikeluarkan oleh UKM itu hasil kajian pihak responden amat mengejutkan dan menakutkan, sekiranya gejala ini tidak dibanteras segera, masa depan negara akan hancur akibat perlakuan remaja masa kini yang tidak bermoral.

Hasil kajian itu juga mendedahkan 98 peratus pelajar mengaku mengambil dadah, 98 peratus juga terlibat dengan kongsi gelap dan 97.3 peratus terdedah dengan bahan lucah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr Khaidzir Islam, turut mendedahkan didapati pelajar perempuan berumur dalam lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko terjerumas dalam pelbagai masalah disiplin termasuk untuk mencuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.

“Kerajaan sebenarnya tidak serius membanteras gejala sosial kerana `pintu-pintu’ ke arah kemaksiatan terbuka luas, macam mana gejala sosial dapat dibanteras.

“Jika kerajaan serius untuk mengekang gejala sosial daripada berlaku, ianya tidak sekadar mengadakan program yang berfaedah kepada remaja-remaja, tetapi dalam masa yang sama membiarkan unsur-unsur negatif berkembang ,” tambahnya.

Menurutnya, program `amar makruf nahi mungkar’ perlu diadakan selalu, di samping mengadakan kursus dan latihan yang menjurus kepada kebaikan memang digalakkan, tetapi program berbentuk mungkar tidak sepatutnya dibiarkan, konsert-konsert hiburan yang melalaikan yang menggalakkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan segera dan pusat-pusat hiburan yang menyuburkan maksiat mesti ditutup.

Sehubungan itu, jika Kerajaan BN tidak mampu membanteras gejala sosial, rakyat perlu bertindak dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka pada pilihan raya umum ke-12 nanti untuk menukar kerajaan yang mampu berbuat demikian dengan memilih PAS dan parti-parti pembangkang yang lain menerajui negara, tegasnya. – Artikel Dari Harakah Daily.

Kebenaran Sebenar.

Adakah apa yang dikatakan oleh Johari Jaafar itu benar atau palsu semata-mata? Seharausnya Johari Jaafar perlu tahu skop kajian pelajar yang di kaji itu diambil dari golongan pelajar apa? adakah mereka dari golongan pelajar sekolah?sekolah apa?rendah atau menengah?sekolah menengah juga ada dua peringkat,adakah menengah rendah atau menengah tinggi?ataupun skop kajian ini hanya dijalankan kepada pelajar-pelajar di IPT (termasuk IPTA dan IPTS)?semua ini perlu diambil kira sebelum menuduh pihak BN dengan fakta-fakta yang kosong. 

Perkataan “PELAJAR” itu menunjukkan maksud yang besar. Pembaca juga boleh menyelidik dengan sendiri bilangan pelajar di Malaysia. Mungkin skop kajian (886 orang) adalah sebahagian kecil sahaja.  

Lokasi sebenar kajian ini dijalankan juga perlulah diselidik terlebih dahulu tentang kebenaran. Mungkin juga kajian ini dijalan di negeri Kelantan? Mungkin pihak UKM tidak mahu Pihak PAS malu jika kawasan kajian yang dilakukan adalah di negeri Kelantan. Iaitu negeri yang dianggap begitu suci dari kegiatan sosial? Mereka yang tahu akan kebenarannya akan tergelak sewaktu PAS mengeluarkan statement ini.

Jika anda ketahui, negeri kesayang PAS adalah di antara negeri yang tertinggi mencatatkan kegiatan sosial seperti zina, masalah keguguran anak luar nikah, pelacuran dan sebahagiannya, sehinggakan Kuala Lumpur sendiri gagal jika dibandingkan dengan statistik Kelantan. Adakah ini imej yang akan mencerminkan negeri Parti Islam SeMalaysia?

Mungkin juga Johari Jaafar ingin menutup kelemahan Pihak Pas dengan menuduh Kerajaan gagal dalam usaha membanteras kegiatan sosial?Semestinya kerana mereka telah ketandusan idea dan bahan untuk memajukan parti mereka.

Seharusnya pembaca mengetahui bahawa Pas sentiasa tidak senang duduk melihat Pak Lah dan barisannya sentiasa memperolehi kejayaan dalam memimpin negara.

                                                                                                                         Oleh,  Kunta Kinte

About these ads

12 Komen

  1. jebat berkata,

    saya diberitahu bahawa blog ini ada polis…
    kalau kita komen pasal umno atau BN kena tapis..
    betul ke…??

    taka ada demokrasi la macam tu

  2. kuntakinte berkata,

    macamnila jebat… memang satu dosa besar bila kita menyebarkan fitnah…..
    renungkanlah…

  3. asmaradana berkata,

    Remaja skrg ni, suka wat hal mereka sendiri… Hidup tak suka dikongkong. tu pasal gejala sosial makin bertambah… Bila dah terkena baru le reti nak insaf… Remaja2 yang kat luar tu segeralah bertaubat wey sebelum terlambat..

  4. alan berkata,

    kebenaran sebenar???
    sebenarnya saya x nampak ape benda sebenarnya kebenaran sebenar yang ko cuba nak jelaskan. tetapi lebih banyak persoalan daripada kenyataan..
    janganlah nak putar-putar belitkan lagi.. menyampah pulak saya tengok.
    sepanjang 5 tahun saya tinggal di kelantan, gejala sosial mereka memang ada,
    tapi tak seteruk di bandar jb yang saya tinggal sekarang.. saya bukan menyokong pihak pas dan bn.. tpi saya tahu kerajaan tak akn mampu menanggung kerugian sekiranya menutup semua sarang2 maksiat ini…

  5. jack berkata,

    segala persoalan ada jawapannya di http://www.kpmu.net

  6. siti berkata,

    kembalilah kepada Tuhan pasti segalanya Tuhan selesaikan, …kita lupakan Tuhan n takutilah kiranya Tuhan lupakan kita…

  7. aku berkata,

    ada jugak usaha nak mengurang kn maksiat…drp kl menyuburkan lg maksiat…disco n pub tumbuh mcm cendawan kat kl…..mana lebih bagus?

  8. isketambola berkata,

    tak semestinye…langit tu selalu cerah,so buat para remaja renungkan….

  9. diana berkata,

    gejala sosial remaja ni harus dibanteras oleh semua pihak, paling penting sekali diri perlajar remaj aitu sendiri.. mereka harus sedar apa tanggungjawab mereka untuk diri mereka, keluarga, negara dan agama.. dalam usia beginilah masa untuk memperbaiki diri dan membentuk peribadi unggul sepertimana zanman Rasulullah saw.. remaja sekarang terutama pelajar universiti ,mereka bebas menjalankan kegiatan mereka kerana jauh dari kengkangan ibu bapa.. paling menyedihkan, pabila ada anak gadis sekarang sanggup menyerahkan tubuh mereka kononnya sebagai bukti cinta.. padahal mereka telah tertipu oleh godaan dan kata2 manis lelaki..

  10. isham berkata,

    wahai remaja!! gunakanlah masa mudamu sebelum terlambat !

  11. diana berkata,

    wahai remaja..ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara..

  12. umNO berkata,

    mcm nie la klu hukum islam di pinggir kan…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: